Thursday, March 10, 2011

INDAHNYA INFAQ

Alhamdulillah, flyers ini berjaya dihasilkan. Susah benar nak melepasi suntingan-suntingan dari YDP. Yang penting isinya harus telus dan benar.

ABIM Selangor amat bersyukur kepada Ilahi kerana diberi peluang bertemu dengan pewaqaf yang percaya kepada kami untuk melaksanakan pembinaan Kompleks Pendidikan ABIM Selangor.

Minggu ini akan diadakan pelancaran Tabung Pendidikan Umat di Masjid An-Naim Jalan Kebun pada 13 Mac 2011 pada 8.00malam selepas pidato khas dari Dato Dr Siddiq Fadzil, nama besar dalam perjuangan ABIM.

Sukanya aku dengan ABIM ialah perkhidmatan yang ditawarkan iaitu ' memberi peluang orang lain untuk menambah pahala akhirat '. Walaupun tugasan ini tidaklah menawarkan gaji yang lumayan, tapi hati ini sangat gembira memberi laluan kepada anda untuk beramal.

yeeply : sejuk hati ini setiap kali menerima sedekah jariah / infaq dari hamba-hamba Allah yang berhati mulia

No comments:

Post a Comment