Monday, January 24, 2011

DEMAM EMAS

Sifu aku dan partnernya tekun berusaha sekali dengan perniagaan Emas mereka. Aku juga tidak ketinggalan antara orang yang mendengar keterangan kebaikan dan kebagusan emas. Dan alhamdulillah ramai yang sudah naik taraf menjadi tokey emas. Hm...aku? Nampaknya tidak tersenarai.

Kenapa? Oh, sebabnya mudah saja, terima kasih dahulu kepada Allah yang menjadikan hati ini antara hati-hati yang tidak mudah terpegun dengan $$$. Aku maklum bahawa perniagaan Emas ini memang menjanjikan masa hadapan yang (insyaAllah) terjamin. Tapi, entahlah...bodohkah jika aku melepaskan peluang yang ada ini.

Aku ada membaca artikel tentang harta yang menjadi racun. Seorang bapa yang miskin, berusaha menjadi kaya dan kemudian meninggal. Hartanya begitu banyak sekali. Harapan beliau ialah supaya harta yang ditinggalkan itu kelak dibahagikan sama rata untuk peninggalan warisnya hidup dengan senang. Malangnya bukan itu yang terjadi. Takdir Allah menentukan keluarga beliau pecah belah kerana pembahagian HARTA.

Takutnya....

yeeply : sebenarnya malas nak jaga harta, sebab tu hartaku memang tiada...hehehe

No comments:

Post a Comment