Monday, January 24, 2011

BEDAH BUKU : SIRAH NABAWIYYAH JILID 1

Buku karangan Tuan Guru Nik Aziz, Sirah Nabawiyyah Jilid 1 (kulit hijau pekat) mengkisahkan perjalanan hidup Nabi Muhammad saw. Hasil tulisan TGNA memang mudah dan sangat terkesan dihati. Inilah bukti seorang yang ikhlas dalam berkarya. Dari hati sentuh ke hati.

4 tahun lepas, pernah membeli buku tulisan beliau juga 'Hidayah'. Tapi mungkin masa itu, hati masih belum ada 'Hidayah', makanya bacanya pun macam tiada satu kenikmatan.

Tapi, kini sudah lain. Komik mungkin masih lagi berada dalam carta buku-buku kegemaran, namun bukan carta yang pertama. Nampaknya semakin dewasa manusia ini, ia mahukan bahan ilmiah yang lekat di jiwa dan menambahkan unsur kerohanian dalam diri.

Dan buku Sirah Nabawiyyah Jilid 1 ini wajib dibaca oleh semua orang. Ayatnya mungkin berulang-ulang, tapi itulah metod yang digunakan dalam Al-Quran juga. Kerana manusia ini fitrahnya lupa, maka haruslah diperingati selalu.

yeeply : bimbingan yang diterima Nabi Muhammad saw dipanggil Inayah Ilahiyyah

No comments:

Post a Comment