Bakat 'seni' bukanlah satu yang asing dalam keluarga aku. Ternyata, sebagai seorang anak tukang gunting rambut, aku sendiri menggunting rambutku..hairan..hairan...terlebih kreatif la pula...hahahah...dan bakat yang aku warisi, namun sering terabai : melukis dan membaca komik...hehehe...
Kesempatan masa yang Allah beri sepanjang eksplorasi dakwah ini memberi aku peluang untuk men'touch-up' semula bakatku ini. Agak keras jari-jariku untuk melakar pada awalnya, namun mindaku terus berkata ' ya, kau boleh ! '

Lakaran ini paling kenangan..kerana semua peserta eksplorasi dakwah meninggalkan ' tag' mereka. Terima kasih ya ibuk-ibuk dan bapak-bapak...

Lukisan ini dibuat selepas solat subuh dan tazkirah di masjid..sungguh sejuk kala itu dan pemandangannya sungguh indah..
- Lakaran di Pesantren HAMKA, Maninjau -
Sesungguhnya minda kita terasa ringan apabila melakar...lakarlah dengan hati yang ikhlas..insyaAllah ia akan terhasil...bila lagi mahu melakar? Nampaknya bakatku ini hanya akan terserlah bila melancong...haiya...habislah duit aku...heheheh
yeeply : seorang sahabat juga melakar di sampingku, namun tidak sempat pula bertukar lakaran..mana lakarannya pak?
No comments:
Post a Comment