Tuesday, February 16, 2010

TAHSINUL QURAN @ MASJID SA’DIAH

Natasha : Teacher, betul tak ejaan jawi saya ni?

Hafiz : Ok adik-adik…ni sapa punya lukisan yang hodoh sangat ni?

Adik-adik : Aku punya ker?

Budak X : Saya tahu ! Nama lain bagi al-Quran ialah as-Syifa’.

Ayah X : Uish ! Tak sia-sia aku bawa anak aku datang kursus ni.


Hafiz : K.dayah, bahaya pergi gunung angsi tak bawa renjer.

Hidayah : Hafiz, sejak bila kamu ni terlebih concern tentang hal orang? (Aku nak ketuk je budak ni sebab beri aku kesangsian untuk mendaki..)

Pak Cik X : Misi kita kali ini ialah untuk mendalami al-Quran ya sahabat sekalian ! Jangan malas-malas aja..

Aku dan Zalina merungut kerana fasilitator fav kami tidak berada bersama kami. Namun bila aku fikir-fikirkan kembali, mengapa harus aku bersedih lebih? Bukankah aku sudah dilatih untuk menerima apa/siapa/dimana jua keadaan yang menimpa? Patutnya aku bersyukur kerana masih diberi peluang untuk membimbing anak bangsa..yang aku sibuk-sibuk nak sedih kerana tidak ada fasilitator fav, buat apa? Bukannya tidak pernah berjumpa. Lucu dengan pikiran yang sempit ini….

Seorang Puan dari Perak bersembang dengan aku. Mati-mati aku ingat dia nak marah kami sebab bising dalam masjid..rupanya…. beliau menyatakan betapa terpegunnya dia dengan aktiviti yang diadakan oleh Akademi Zakat Selangor. Ini kerana, kursus ini secara tidak langsung dapat mengimarahkan masjid dan merapatkan masyarakat dengan masjid. Ya, aku sangat setuju dengan kenyataan beliau.

Siapa kata masjid hanya untuk beribadah sahaja?

yeeply : Lepas ini kalau kena saman di area MPSJ, aku sudah tau sapa mau calling-calling..heheheh…

No comments:

Post a Comment