Wednesday, February 3, 2010

HIDAYAH KOMPAS KEHIDUPAN


SOLUSI adalah majalah baru dari telaga biru yang berjaya menarik perhatian aku setelah sekian lama aku meninggalkan dunia melanggan majalah Islami. Menariknya SOLUSI ialah gabungan antara Fardu Ain dan Motivasi, benar-benar memberi aku idea untuk berkomunikasi dengan lebih relax dan santai di program. Gaya tulisan yang menyegarkan tanpa mengenepikan ayat Al-Quran serta hadith. Andai anda rindukan celoteh penceramah agama/motivasi, nah inilah majalahnya!

Ada satu keluaran SOLUSI yang menarik perhatian aku bertajuk Hidayah Kompas Kehidupan. Tersedak aku, bukan apa...baru-baru ini kalimah Hidayah menjadi antara rating paling tinggi dalam kehidupan aku setakat ini, sampai aku naik menyampah ! Ala...take it easy la Hidayah...

Hidayah bermaksud petunjuk dan bukan semua orang itu akan dapat hidayah. Aku pernah bertanya kepada seorang ustazah, bagaimanakah untuk kita perolehi hidayah?

Jawabnya, pertama dampinglah orang soleh, kedua datanglah majlis ilmu..ketiga dan seterusnya aku tidak ingat...heheheh...Hidayah juga ada beberapa peringkat, seperti hidayah semulajadi, hidayah pancaindera, hidayah akal, hidayah Islam dan paling tinggi ialah hidayah taufiq.

Kisah keengganan bapa saudara Nabi Muhammad mengaku Allah itu Tuhan yang Esa di saat beliau nazak, memberitahu kita bahawa kurniaan hidayah adalah tugas Allah dan bukanlah dalam bidang kuasa kita. Berdoalah kita agar menjadi antara orang-orang yang kekal diberi hidayah Allah.

Ustaz sekolah menengah aku pernah bertanya :

Ustaz : Hidayah, apa maksud nama awak?

Aku : Petunjuk, ustaz.

Ustaz : Betul..tapi lebih elok kalau awak katakan sebagai 'pembimbing'...kalau setakat tunjuk sahaja tanpa membimbing, takut dia tersesat pula..

Sehingga kini, aku pegang kata-katanya itu. Cuba menjadi pembimbing sesuai dengan namaku Hidayah...walaupun pada dasarnya aku perlukan bimbingan seorang Taufiq.

Adakah anda Taufiq yang dicari? Kalau anda tersenyum, benarlah tu…hahahah…

yeeply : Seorang mat bangla bersembang dengan aku di kala aku menjaga kedai, soalan maut : sudah kahwin ka? Hahaha...mati la aku kalau jawab belum !

No comments:

Post a Comment