Monday, February 22, 2010

825km x 3/4 = 1/2 jam = FASA 1

Tidak boleh kalau begini ! Mesti pergi juga, kalau bukan sekarang, entah bila pula. Aku, Nadz dan Adik bertekad (padahal aku sorang je yang tekad) untuk ke Ulu Bendul dan sambil menyelam minum air...kita daki Gunung Angsi...impian ku tercapaikah?

Menariknya Ulu Bendul ini kerana ia adalah hutan rekreasi yang memang besar..sangat besar dan banyak kemudahan..semua ada. Tempat perkhemahan ada, parking yang luas, makanan yang banyak, air sungai yang mengalir deras, dewan yang lapang, surau yang selesa, juga tidak ketinggalan aktiviti outdoor seperti flying fox dan seangkatan dengannya pun ada. Memang bestlah !


Untuk mencari parking di awal waktu memang tidak ada masalah..cuma andai anda terlewat sedikit..memang kena tunggu berjam-jam untuk parking. Kami memulakan ekspidisi dengan bersenang-lenang dahulu. Tukar seluar dan baju yang sesuai, sambil jalan-jalan di bahagian orang ramai bermain air..tidak lupa kami juga makan aiskrim untuk menambah tenaga..ya ka?

Kesempatan yang ada kami abadikan diri kami di batu besar lambang kami pernah sampai di sini. Khas untuk sahabat yang kami tinggalkan di Jalan Kebun dan Johan Setia, inilah buah tangan untuk kalian..heheheh...

Pendakian telah bermula, Nadz selaku orang soleh memulakan doa..penat tapi enjoy ! Aku sangat puas hati walaupun hanya 3/4 sahaja pendakian kami..heheheh..mengapa hanya 3/4? Sebab fasa yang seterusnya agak menyeramkan dan kami tidak ada bodyguard..so kena tunggu next time lah.

Kami berhenti di Fasa 1 kemudian berehat dan makan-makan.


Ikan-ikan di sini sungguh jinak..Nadz yang kekenyangan memberi makan kepada ikan-ikan yang lapar tak ingat. Sempat juga lah ikan tu memberi buah tangan pada Nadz...satu gigitan padu ! Heheheh..


Sebagai tanda kenang-kenangan dan juga idea Nadz, kami telah menanam satu 'harta'. Dengan harapan kami akan datang kembali ke sini dan menjejaki semula 'harta' itu. Jeng-jeng-jeng...bila tu?



Malangnya kedatangan kami tidak lama di sini. Kami perlu pulang...lambaian Selangor menggamit kami kembali..poyo jer. Gunung Angsi , jangan bersedih..kami akan kembali dengan team yang lebih bersemangat waja !

yeeply : 2 orang yang penakut (siapa ek?) begitu teruja menakut-nakutkan kami malam sebelum bertolak, dengan harapan kami menyediakan persiapan yang lengkap...hahahahah

2 comments:

  1. cerita yg sgt best!!!...haha....akk da bgtau jejaka yg penakut tu belum? :P

    ReplyDelete
  2. kikikiki...kamu je la yang sampaikan berita gembira ni kat dia..nangis plak kang bila dia baca...hahahah

    ReplyDelete