Sunday, February 21, 2010

DAKWAH MUALLAF DIPERHEBATKAN


Aku dan pengurus projek ABIM Selangor telah menghadiri Bengkel SKT NGO's Islam anjuran Badan Dakwah JAIS pada 19 & 20 Februari 2010 di D' Palma Hotel Shah Alam. Objektif bengkel ini adalah untuk memperkukuhkan lagi aktiviti yang bakal dijalankan oleh NGO's Islam dan menjalinkan kerjasama padu setiap NGO dalam setiap aktiviti.

Apa yang menarik perhatian aku ialah pada awal tazkirah oleh Ustaz Halim Tamuri, beliau menyentuh bab muallaf. Yang menjadi kegusaran unit muallaf sekarang ialah bagaimana untuk menanam cintakan Islam kepada anak yang lahir dari keluarga muallaf, ini kerana ada antara mereka ini tidak mengamalkan ajaran Islam. Malah ada yang lebih teruk, tidak kenal Islam dan mengamalkan gaya hidup agama tok nenek mereka yang lama. Disini, siapa yang harus kita perbaiki?

Aku tidak akan menulis di sini andai aku sendiri tidak punya bukti dan satu bukti telah pun pernah berada di Rumah Perlindungan Wanita Darul Wardah. Yang mana, ibu bapanya dahulu muallaf tetapi telah meninggal dan tinggallah anak itu terkontang-kanting tanpa ilmu Islam di dada. Dan apabila meningkat dewasa, beliau tinggal bersama warisnya yang mengamalkan ajaran bukan Islam. Syukur alhamdulillah, beliau dapat diselamatkan. Tapi bagaimana dengan yang lain-lain?

Kedua, tentang outreach ke Kampung Orang Asli. Isu ini memang kerap aku dengar, contohnya pendakwah Kristian lebih awal dan kerap mengunjungi kampung orang asli. Dan inilah yang harus NGO's Islam adakan dalam kalendar aktiviti (bagi yang belum), untuk sama-sama berdakwah ke arena kampung asli pula. Susah sikit tidak mengapa, yang penting usaha.

.........................

Sembang kosong sementara menunggu sahabat yang lain tamat pembentangan :

Ustaz Y : Hidayah..hidayah kenal tak dengan hidayah yang selalu ikut ustaz zawawi, tu?

Aku dah pelik dah dengan soalan dia ni...

Hidayah : Ustaz, cuba ulang semula soalan tadi.

Maka, beliau pun mengulangi soalan tadi. Sebelum aku jawab soalan tu...memang aku dah ketawa terbaha-bahak dah....hahahahah

Hidayah : Ustaz...kalau ustaz nak tahu, hidayah ni lah yang selalu ikut ustaz zawawi...tak de orang lain dah..

Apa lagi, riuhlah satu meja dengan kelucuan yang tidak disengajakan itu....hahahahahah....

yeeply : setiap pertemuan yang tidak dijangka akan terungkai rahsia yang tidak terjangka

No comments:

Post a Comment