Thursday, October 8, 2009

PENGHUNI YANG SINIS

Pengurus Darwa kata ada seorang penghuni yang agak sinis.

Memang adatlah kalau ada penghuni yang sinis untuk kali pertama datang ke mana-mana rumah kebajikan.

'Apa yang sinisnya tentang budak ni?'

Setelah mendengar butiran pengurus Darwa, dapat aku simpulkan bahawa penghuni ini mempunyai ilmu agama yang cetek.

Aku menjawab :

'Bagi akak, tidak mengapa kalau orang itu agak sinis terhadap gaya hidup Islam, jika dia sendiri cetek tentang Islam...insyaAllah ada lagi ruang untuk dibentuk..kerana itulah dia dibuka hatinya oleh Allah untuk ke Darwa...'

'Tapi...kini ramai pula yang sinis terhadap gaya hidup Islam, padahal dia sendiri mempunyai ilmu yang banyak tentang Islam..orang begini memang kasihan..hatinya sudah gelap..segelap mentol yang terbakar !...'

Golongan begini adalah mereka yang ada ilmu tetapi tidak beramal dengan ilmu itu.

Entahlah..agaknya esok sudah tua baru mahu taubat..

Semoga dibukakan hati mereka ini untuk hidayah Allah.

yeeply : saudaraku pernah berkata dia baru berumur 18 tahun..biarlah dia enjoy dahulu..kalau sudah ajal, adakah 'enjoy' itu yang dikira Allah?

No comments:

Post a Comment