Thursday, October 8, 2009

MESTI CUBA !

Iklan yang menarik hati aku untuk mencuba:

...............................................................................................................................................................

Assalammualaikum.

Cuti sekolah semakin hampir dengan kita, InsyaAllah Program Cuti Sekolah ALIMKids akan tiba lagi.
Program atau aktiviti ini akan diadakan di ALIMKids Islamic Bookshop USJ9, Subang Jaya.

Sehubungan dengan itu, kami ingin mencari sesiapa yang berminat atau yang ada program yang menarik untuk menjadi fasilitator/ trainer sempena musim cuti ini.

Program boleh dari kategori ilmu pengetahuan, panduan hidup, motivasi, skill dll tetapi perlulah memenuhi hasrat A.L.I.M.Kids iaitu untuk melahirkan "Active, Lively & Intelligent Muslim Kids"

Di bawah ialah itenari yang perlu ada dalam proposal anda:
1. Tajuk dan objektif program
2. Program mestilah untuk kanak-kanak atau remaja berumur 6 hingga 17 tahun
3. Tempoh program (separuh hari/ 1 hari/ tiga hari)
4. Cara pengendalian projek (perseorangan/ berkumpulan/ teori/praktikal)
5. Sebutharga

Info: Bilik aktiviti kami boleh menempatkan sehingga 12-15 peserta.

Jadiatau sesiapa sahaja yang ingin berkongsi program yang ada, sila email proposal program anda kepada mailto:hani@ummikusayang.com dan tolong panjangkan email ini kepada sesiapa yang berminat mestipun mereka bukan ahli egroup.

Tarikh tutup: 20 Oktober 2009
Sekian. Terima kasih.

Hani & Lily

................................................................................................................................................................

No comments:

Post a Comment