Tuesday, October 20, 2009

NJANGKU SAYANG

Datang ku bersambut..
Dengan senyuman di mata..
Andai dia baru bangun tidur.
Dengan senyuman di bibir..
Andai dia tahu kepulanganku.

Jari kelingkingku di genggam..
Kala kami berjalan bersama..
Erat sekali.
Walau usia tidak sama..
Itu tidak mengapa.

Tangisnya ku dengar..
Mengapa?
Siapa lagi kalau bukan dek kerana saudaranya.
Sedangku bersolat..mengaji..
Dia bersimpuh di sebelahku..
Matanya berkaca..
Menagih simpati.

Buat Siti Nur Atikah..
Semoga kau sentiasa begitu..
Kecil dan manis..
Semoga kau sentiasa di bawah rahmat Ilahi
Hingga ke akhirat kelak....

yeeply : dedikasi untuk anak saudaraku yang dikasihi..Jangan risau I-syah, tikah ada lagi kat rumah tuu..

No comments:

Post a Comment