Wednesday, June 2, 2010

JURNAL BABY EFFA KE UTARA

Ummi pening sebab ini adalah bil pertama yang kami kena bayar

Jam 6.00petang kami memulakan perjalanan melalui jalan kampong, asalnya mahu tidur di rumah pakngah rasyid di pantai remis perak, tapi driver dah ngantuk, maka kami tidur di hotel teluk intan.

Laparnyer nak makan..

Mencari sarapan di jambatan sungai perak dan terus menuju ke rumah pakngah. Kami makan free tengahari dan sedapnya kuih…I like ! Ziarah kami di rumah pakngah rasyid agak menarik sebab hanifah nangis tengok pakngah…hahaha spoil betul la. Semoga pakngah cepat sembuh ya.

Ceh, Njang ada hati nak potong lori besar tu…hahahahah

Pecut cepat nak ke rumah tokngah terus….dan ke kedah pula lepas hantar tok di rumah tokngah…cucu-cucu yang nakal…heheheh

Kami merentasi highway alor setar sambil mencuci mata dengan bendang hijau yang terbentang luas…subhanallah indahnya…

Atuk ni jiwanya bersih, sebab tu baby effa suka main lompat-lompat dengan atuk ni !

Pitstop pertama di Kedah,kami singgah ziarah di rumah Sunnati kat Felda Teloi dan dapat makan petang free…yezza…lauk-pauk kampong plus ulam-ulam segar…yummy-yummy…udara kampong pun segar.

Muka-muka kekenyangan selepas makan di perkampungan Sunnati…sedapnya sambal belacan dia…yummy-yummy

Ish-ish, kita ni dah tersesat kat konsert sapa ni? Mana far east dan hijjaz?Aduh…poning-poning..

Selepas kami merehatkan badan sebentar di homestay, malamnya kami merayap di majlis perasmian dewan utama Yayasan Khairiah..ada konsert nasyid rupanya…meriah na.

Di homestay RM50, sapa kata homstay berhantu? Hahahaha…Terima kasih daun keladi pada Pakcik fazly sebab suggest homestay yang murah dan best. Acik Aisya punya cadangan pun apa kurangnya, jom ke ‘rumah muslim’ aja….hahahaha…

Seb baik la bakal pak cik baby effa ni bertaqwa orangnya…sebab tu baby effa suka juga..

Pagi sabtu kami ziarah ke rumah Fazly.Berkenalan dengan ahli keluarga dia dan sememangnya mereka semua best. Baby effa kalau boleh nak tinggal terus kat situ….hahahahah.

Selepas makan free sarapan di rumah fazly…sedanyer kuih dia…yummy-yummy…wah, lata bukit hijau sedang menanti, jangan sembang lama-lama weh.

Sayang, bersedia untuk main teng-teng sebelum berenang dalam air terjun !

Bukti kami sudah sampai di lata bukit hijau…yahoooo basah time..

Sedang berseronok main air..tiba-tiba ujian datang…hujannnnn…lari bawah pondok…padahal memang dah basah dah…hahahah

Ish-ish acik aisya ni berdating sampai kat air terjun….hahahah…kalah ummi dan abhi baby effa..Setelah penat berendam sambil tergolek-golek dalam air terjun, maka kami pun pulang kepuasan. Malam pula hujan lebat di highway sampai sesat-sesat nak balik Perak.

Jambatan goyang-goyang…eh, ada yang tenggelam ker? Inilah jambatan Njang selalu ngail ikan atau udang dan sama-sama dengan aisya dan geng al-falah berkubang dalam parit..tapi time ni air surut..makanya air dah macam teh tarik da…

Bersama nenek kesayanganku …tok dan tok ngah ….sempat berziarah ke rumah maklong bedah juga sambil makan free tengahari dan melawat paklong yang terlantar sakit..semoga dia cepat sembuh.

Nampaknya kain batik ni hanya disarungkan time balik kampong aja….heheheh

Kembara 3 hari 3 malam sememangnya meninggalkan memori yang terindah buat kami adik beradik yang kecil-kecil ini. Heheheh….buat sina dan ewin, mereka mengatakan inilah bulan madu aku….buat aisya pula, inilah masanya aku nak melawat buah hatiku…buat adik pula, inilah masanya aku nak jalan-jalan….buat atikah pula,inilah masanya aku nak makan junk food banyak-banyak….buat nenek aku pula,inilah masanya aku nak luangkan masa dengan adikku ‘tokngah’…dan buat aku pula,inilah masanya untuk aku berkembara tanpa keluarkan sesen pun !!!! Yahoooo….hanya 30sen untuk masuk tandas awam dan 60sen untuk tol di meru….hahahahahah. Memang bestlah !!

So, next trip ke mana pula kita? Baby effa dan atikah memang cukup seronok nampaknya…sampai tak nak balik la pulak…heheheh

yeeply : memborong baju t-shirt muslimah berharga RM18….murah kot…

4 comments:

  1. kak...xyah la letak gambar akk tgh pakai kain batik tu...buruk bebenor ghupenye..huhuhu

    # Bestnye kampong kat bendang~~~ (",)

    ReplyDelete
  2. biar org pandang bughok...klu cantik sgt, boleh dtg fitnah....hahahahah

    ReplyDelete
  3. haha...mslhnye akk pakai kain batek tu pun senget...wat malu kaum hawa jer..huhu

    ReplyDelete
  4. ala...relaks ar..wat pakai basuh keta je pun...bukannya akk ni artis pun...hahahah

    ReplyDelete