Wednesday, May 19, 2010

LAWATAN DAKWAH SARAWAK , JAIS & NGO'S ISLAM SELANGOR 2010


- menikmati keindahan dan kebersihan negeri Sarawak -
Perjalanan ke Sarawak secara peribadinya aku anggap sebagai satu sesi ta’aruf untuk mengenali dengan lebih mendalam kewujudan setiap NGO Islam di Selangor. Ada juga suara-suara sumbang yang mengkritik gaya persembahan pengurusan pihak penganjur, bagi aku..biarlah, nanti mereka akan belajar dan kita akan faham.
- bersama sahabat baru dalam dunia NGO Islam –
Satu ayat yang menarik boleh aku petik dari Ustaz Safuan (jabatan dakwah aka abim Selangor) semasa majlis penutupan program Lawatan Dakwah JAIS bersama NGO Islam Selangor, ialah : Syariatkan ISLAM dalam kehidupan, bekerja cara Islam, bercakap cara Islam, berpakaian cara Islam dan semuanya Islam-lah !


-keringat seorang pendayung tongkang di kala senja melabuhkan tirainya –
Motto HIKMAH (NGO Islam Sarawak) yang mana bertepatan juga dengan saranan ustaz Safuan, diambil dari doa iftihah:

‘Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku hanya kerana Allah swt’.
Dan selama 4 hari 3 malam di Bumi Kenyalang ini, aku juga berkesempatan beramah mesra dengan ABIM Sarawak. Wah, seronoknya bertemu dengan SUKerja Sarawak yang juga seorang penulis ! Harus dicari bukunya.

-tidak melepaskan peluang menikmati juadah percuma di kedai Dayang Salhah, pembuat kek Sarawak terulung –

Mungkin aku tidak dapat mencabar fizikal dan mental aku seperti Eksplorasi Dakwah di Padang, tapi melayan kerenah nenek-nenek dan atuk-atuk dari NGO Islam Selangor sangat menghiburkan hati aku. Memandangkan aku tiada atuk untuk bermesra semenjak kecil, suka benar hatiku melayan atuk GAPIS ini yang bernama Ustaz Ibrahim. Dan nenda yang baik hati pula dari MUBALIGHAT bernama ….aku lupa nak tanya…hehehehe

-pencinta seni seharusnya merasa kagum dengan rekaan ini , Islamic Information Centre Sarawak-

Data yang kami dapati dari Pengarah JAKIM Sarawak berkenaan peratus Muslim di sini ialah sebanyak 25% dan menurut YDP ABIM Sarawak juga selaku Pengurus Pusat Latihan Sarawak pula sebanyak 33% (mungkin ini data yang terkini dan belum disahkan lagi)

-semua peserta Lawatan Dakwah, 37 orang -

Semoga setiap peserta yang menyertai lawatan ini mengambil iktibar dari perjalanan dan tidak merasakan ia adalah satu aktiviti yang asyik-asyik shoping (hahaha…) ataupun lawatan yang tidak beri manfaat.

Wallahu ta’ala a’lam…

yeeply : Geng ULAMA terutama YDP-nya memang mahu kena ketuk dengan hammer kot!

No comments:

Post a Comment