Monday, May 3, 2010

KELETAH ANAK ASNAF @ HIJRAH ILMU 2010

- sesi mencari hidayah bersama ustaz harith...heheheh -

Seorang anak muda bertanya ‘ bagaimana mahu menawan hati anak asnaf ini?’

Bagi aku, soalan ini lebih kurang sama dengan bagaimana mahu menjadi seorang fasilitator yang hebat?

Hati, tanya hati anda !

Lakukan perkara dengan hati yang ikhlas, insyaAllah semuanya dipermudahkan dan anda akan berjaya membina ‘fan club’ anda sendiri…heheheheh.
- bersama ex al-falahian, my best junior -

Andai orang bertanya ‘mengapa anda sanggup bersusah payah untuk program anak asnaf ini?’

Aku pula bertanya kepada seorang anak muda ‘ apakah yang anda pelajari dari program anak asnaf ini?’

Jawapan yang diberi, lebih kurang begini ‘saya harus lebih kreatif dan sentiasa fikirkan cara yang pelbagai untuk setiap orang , kerana mereka ini berbeza’

Benar, anak asnaf memang berbeza.
- ko jangan melepaskan sesuatu di hadapan aku..jaga-jaga...-

Mahu tahu dan rasai perbezaannya? Rebutlah peluang untuk menjadi fasilitator di mana-mana konsultan yang mengendalikan program anak asnaf. Jika berjaya, anda pasti setuju dengan kata-kata anak muda di atas.
yeeply : anak asnaf memberiku satu pandangan yang berbeza tentang erti kehidupan

No comments:

Post a Comment