Sunday, April 25, 2010

MAAF SANGAT ....

Bagaimana bersikap asertif?

Asertif adalah 'katakan tidak' kepada perkara yang memang anda tidak dapat tunaikan.

Bisakah anda bersikap asertif?

Aku sendiri tidak...namun pengalaman + pengetahuan yang Allah anugerahkan ini memang banyak membantu aku dalam bertindak asertif.

.......................

Seorang encik dari Terengganu menelefon aku untuk menempatkan anaknya yang sudah 'bunting' hampir 7 bulan. Sepatutnya kami memang dapat menempatkan anaknya itu di Darwa. Tetapi kerana kami menerima kes yang lebih 'aula' maka kami terpaksa menolak kes 'bunting ini.

Tapi, Encik Terengganu ini tidak menyerah kalah, walau aku sudah menelefon tentang tidak dapat menerima anak beliau itu, dia tetap turun ke Shah Alam. Aku sangat faham akan kebimbangan beliau, dan mungkin bila beliau turun ke sini, aku akan dapat mempertimbangkan kes anaknya ini.
Encik Terengganu meminta izin untuk berjumpa dengan aku.

Syarat yang aku tetapkan : Kita jumpa di perpustakaan jam 12tengahari di sudut agama.

Mengapa di perpustakaan? Aku namakan ini sebagai langkah psikologi.

Pertemuan kami berlangsung dan aku tetap menegaskan 'maaf...kami tidak dapat menerima kes encik, namun ini ada senarai rumah perlindungan yang boleh encik hubungi...'

Jika hati anda tidak 'asertif'' atau 'tegas' atau lebih sempoi ayatnya 'hati kering' heheheheh...kemungkinan 80% anda akan menerima kes ini....tidak sanggup rasanya melihat jauh di sudut mata mereka yang memohon belas ihsan. Posture badan mereka yang tidak bersemangat, kata-kata yang hampir menitiskan air mata...siapa sanggup untuk tidak tunaikan permintaan mereka?

Kejam sungguh anak yang sedang 'bunting' itu...

....................

yeeply : mencari nafas selepas pertemuan yang singkat itu

No comments:

Post a Comment