Thursday, January 19, 2012

KHAMIS MALAM JUMAAT

Banyak perkara boleh berlaku pada khamis malam jumaat.

Seorang bakal ibu mendengar aduan kakaknya tentang budak-budak remaja kampung yang tiada hala tuju aktiviti malam-malam, apa lagi merokok lah! Aduannya menurutnya sudah dipanjangkan kepada Tok Ketua, namun menerusi sms sahaja...emmm...mungkin Tok Ketua tidak pandai baca sms...

Lalu bakal ibu itu keluar dan melihat, ya memang ramai budak remaja yang melepak di taman hadapan rumah kakaknya. Dia memantau, apa aktiviti mereka. Hm...aktiviti bosan, merokok. Dalam hati berfikir...apa yang mereka ini cari? apa masalah mereka di rumah sehingga lewat malam begini masih di luar rumah? Dan yang paling tidak dapat difahami, mengapa orang tidak faham itu adalah kerja sia-sia yang hanya mematikan diri !!!!

Ya, ya...kita boleh dapatkan jawapannya menerusi pakar-pakar motivasi, profesor dan lain-lain orang yang ber'kot'. Namun apakah orang ber'kot' ini ada di lapangan melihat sendiri dengan mata kepala mereka, aktiviti budak-budak rosak akhlak ini? Paling-paling pun hanya 'R.A' mereka sahaja yang menyaksikan.......hmmmm....

Dan bakal ibu itu terus menyaksikan gelagat mereka (walaupun tidak banyak yang mereka buat) dan dia terus berfikir-fikir dan berfikir apakah cara yang boleh dibuat untuk membetulkan keadaan buruk ini kepada baik. Walhal, sudah ramai yang memekik hamun pada remaja ini, namun kebal telinga mereka nampaknya...hishhh....

Seminit kemudian datang 2 pra-remaja menaiki motor dan membreak ala-ala filem anak Yusuf Haslam (filem raih untung, raih rosak akhlak...adehhhh...). Salah seorangnya terus turun motor dan melulu lari kepada kumpulan remaja yang sedang melepak merokok itu. Dan ditangannya ada PISAU !!! Wah mata bakal ibu ini sesungguhnya tidak rabun langsung, syukran Allah.

Apa lagi...bakal ibu itu langsung 'HHHHHHHHHHOIIIIIII....well anda boleh agak bunyi apa...takkan bunyi hantu mengilai kot. Dia lantas meminta abang iparnya ke arah budak-budak itu untuk mengelakkan perkara buruk terjadi. Bakal ibu ini pula tak reti duduk diam...(kan senang je kalau lari masuk rumah macam orang lain..), dia terus menuju ke tempat kejadian (selepas menekan hon suaminya tidak mahu berfungsi, hish leceh betul dalam saat kecemasan ini dia buat hal pulak) dan cubalah teka apa yang terjadi.

Kedua ipar dan bakal ibu ini memberi motivasi dengan nada tinggi, marah, (sesungguhnya bakal ibu itu berasa malu selepas kejadian ini kerana dia marah bukan untuk nasihat, tapi marah kerana amarah....malunya Allah....) dan ya mungkin sedikit herdik. Siapa yang tak rasa nak baling kerusi kalau muka budak-budak tu macam seposen ja. Agak-agak kalau mati salah sorang dari mereka baru la nak buat muka menyesal...na'uzubillah.....

T.A.M.A.T

Banyak pengajaran dan bukaan minda selepas kejadian Khamis malam Jumaat :

-orang di Masjid hanya sibuk membaca Yasin untuk si mati dengan niat bersedekah, adakah mereka ada berfikir untuk meniatkan untuk orang yang HIDUP tapi MATI HATI ?

-peranan rukun tetangga semakin longgar

-setiap taman harus dipagari dan dikunci apabila tiba jam 10mlm (mungkin nanti perlu propose pada Tok Ketua)...budget pandai-pandailah cari, ada budak nak jadi penjenayah dah KOTTTT !!!

-ramai melihat, berapa ramai yang bertindak?

-Nabi Muhammad sentiasa pesan tegurlah dengan sabar....ini mungkin kami perlu ada teknik lagi wahai Pesuruh Allah

yeeply : kenapa berani sangat? tegur suamiku....(wahai abang...takkan nak biar mati dulu/cedera dulu, baru saya melolong? hati hanya berkata..) realitinya saya menjawab sedikit dan muncung selebihnya sebab tidak disokong...hehehehe...tak apa, Nabi Muhammad pun selalu tegur Aisyah yang suka marah pada yang hak..hahahah..sebab Nabi ajar SABARlah....

No comments:

Post a Comment