KENYATAAN MEDIA BERSAMA RAUDHATUS SAKINAH
11 OKTOBER 2011
DIMANA PERUNTUKAN BAJET 2012 UNTUK MENANGANGI GEJALA SOSIAL MASYARAKAT YANG SEMAKIN MERUNCING
Bajet 2012 yang baru dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri Jumaat lepas dikatakan satu bajet yang responsive kepada rintihan semasa rakyat umum. Banyak peruntukan berjuta ringgit dikhususkan untuk memperbaiki kehidupan golongan rakyat kelas biasa dan bawahan yang sememangnya wajar diberikan pembelaan.
11 OKTOBER 2011
DIMANA PERUNTUKAN BAJET 2012 UNTUK MENANGANGI GEJALA SOSIAL MASYARAKAT YANG SEMAKIN MERUNCING
Bajet 2012 yang baru dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri Jumaat lepas dikatakan satu bajet yang responsive kepada rintihan semasa rakyat umum. Banyak peruntukan berjuta ringgit dikhususkan untuk memperbaiki kehidupan golongan rakyat kelas biasa dan bawahan yang sememangnya wajar diberikan pembelaan.
Malangnya , tidak terdapat pula satu peruntukan khas dalam bajet tersebut yang menjurus kepada usaha serius menangani gejala sosial dan seksual yang semakin membarah dan meruncing dalam masyarakat hari ini. Betapa saban hari semakin meningkat pelbagai jenis gejala sosial dan seksual berlaku. Sebagai contohnya, terdapat peningkatan kes pembuangan bayi yang begitu ketara. Dari 79 kes yang dilaporkan oleh PDRM pada tahun 2009, ia meningkat sebanyak 15% kepada 91 kes sepanjang tahun 2010. Menurut satu laporan JKM, dari tahun 2004 – 2009, sebanyak 16% bayi yang terdampar ditemui di kawasan pembuangan sampah! Semakin ramai golongan remaja yang sepatutnya menjadi harapan bangsa dan Negara, terbabit dalam pelbagai jenayah seperti samun, peras ugut, ragut, gangsterism, ketagihan dadah dan alkohol, rogol, cabul, bunuh. Jenayah sadis yang membabitkan ahli keluarga terdekat juga semakin berleluasa.
Peningkatan gejala sosial yang semakin kritikal ini amat membimbangkan dan menimbulkan kesan psikologi yang mendalam kepada ahli masyarakat. Amatlah wajar, semua usaha dan sumber yang ada digembleng untuk segera menangani isu gejala sosial ini dengan pelbagai langkah pencegahan dan rawatan yang lebih berkesan, agar ianya tidak semakin parah dan diluar kawalan. Usaha komprehensif dan intensif ini pastinya memerlukan banyak sokongan dan dokongan khususnya dari pihak berwajib, termasuk memperuntukkan sumber kewangan yang mantap dan stabil bagi melaksanakan usaha yang penting ini.
Usah untuk meningkatkan prasarana fizikal dan tahap ekonomi rakyat semata-mata,tanpa memberikan penekanan kepada aspek pembangunan dalaman yang menitikberatkan konsep amanah, integriti dan pertanggungjawaban, dibimbangi akan lebih mendatangkan mudharat dan kerosakan.
Sebagai pihak sukarelawan dan NGO yang sekian lama terbabit secara lansung dengan usaha pencegahan dan rawatan pemulihan kelompok yang terlibat dengan gejala sosial dan seksual, kami yang mewakili institusi-institusi yang disenaraikan di bawah sepakat membuat penegasan menuntut semua pihak khususnya pihak berwajib :
1. Memberikan perhatian, tumpuan dan keutamaan sewajarnya terhadap peningkatan gejala sosial yang serius melanda Negara, dan tidak mengenepikan atau menganggap remeh permasalahan tersebut
2. Meningkatkan usaha pencegahan dan pendidikan masyarakat (amar maaruf) yang meluas dan holistic dalam membangunkan system sosial yang berpaksikan keadilan, kesejahteraan, akhlak luhur dan nilai terpuji.
3. Menyusun strategi rawatan dan pemulihan yang efektif (nahi mungkar) bagi kelompok yang telah terjebak dan terjerumus ke dalam kancah gejala sosial, agar mereka dapat dibimbing untuk bangkit kembali membina kehidupan baru yang lebih bermakna.
4. Memperuntukkan belanjawan yang mencukupi untuk membiayai semua usaha dan langkah-langkah di atas, sebagai satu komitmen padu yang membuktikan kesungguhan mahu menangani permasalahan peningkatan gejala sosial yang semakin meruncing.
Kami mohon agar penegasan ini diberikan perhatian sewajarnya oleh pihak kepimpinan Negara. Jangan biarkan kami menunggu setahun lagi untuk pembentangan bajet 2013. Itu pun belum tentu suara dan permintaan kami diambilkira.
Ke arah Malaysia yang lebih sejahtera!
Prof Madya Dr.Harlina Halizah Siraj
Pengerusi , Lembaga Pengarah Induk (LPI)
Pusat Bimbingan Remaja Puteri Raudhatus Sakinah
0123243134
Bersama wakil-wakil dari :
· Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (PERKID Malaysia)
· Rumah Puteri Arafiah
· Pertubuhan Kebajikan Sahabat Insan & Iman Malaysia
· Rumah Perlindungan & Pemulihan Wanita Darul Wardah
· Kem Modal Insan KEWAJA
· Baitul Islah (PERKID)
· Pertubuhan Inisiatif, Penyelidikan, Pembangunan & Pemerkasaan Wanita (WIRDA)
· Rumah Kebajikan Darul Islah
· Pusat Tarbiyah Darul ‘Atiq
· Keluarga Besar Norlina Alawi
yeeply : Budget untuk kerosakan akhlak berapa juta ya? hehehehe...lawak seposen wak juragan
No comments:
Post a Comment