Aku rasa bersyukur kerana diberi peluang dan ruang untuk menjadi tetamu Allah diusia muda bersama-sama 5 generasi (tok, mak, anak, cucu & cicit). Persiapan rohani, fizikal, material dan mental harus diawali agar berada dalam kawalan. Alhamdulillah, kami semua bersedia untuk menjadi tetamunya Ya-Rabb.
Mekah sungguh sibuk, bising dan ramai. Inilah pandangan pertama aku menjejakkan kaki di bumi haram Allah ini. Namun, semangat manusia yang berpusu-pusu untuk masuk ke Baitullah dan Kaabah saban siang dan malam, membuatkan sesiapa sahaja teruja untuk beribadah. Nenek bongkok tiga sekalipun tidak peduli orang yang ramai dan padat.
Subahnallah, kaki ini berjaya sampai di bumi Mekah dan mengadap Kaabah. Terima kasih Allah! Aku yakin dengan-Mu, doaku akan diperkenankan-Mu di hadapan Kaabah ini. Sesungguhnya Malaikat bersama-sama kami semua mengaminkan doa-doa kami.
Panasnya Mekah memang tiada tandingan. Namun, tiada peluh yang menitis. Ku sujud di tengah hari terik di bawah langitmu di hadapan Kaabah-Mu, syukur alhamdulillah semuanya terasa nyaman.
- jam besar Mekah -
Madinah Al-Munawarah nama yang indah, seindah suasananya. Tiada kebisingan seperti di Mekah. Inilah maksud tersirat mengapa Allah mengarahkan Nabi saw berhijrah ke Madinah. Nabi saw diberi sambutan dan layanan istimewa dan dakwahnya mudah sekali diterima. Sesungguhnya Madinah menempa rezeki, tanahnya subur sekali, ramai mujahid yang syahid dan berjuang di bumi ini.

- suasana umrah seperti haji, solat jamaah 100,000 pahala -
Kurma Nabi jika dimakan 7 ulas insyaAllah akan dijauhkan dari sihir syaitan durjana.
- tahalul, rukun wajib umrah -
Raudhah kekasih-Mu walau sempit bagi kaum hawa untuk lawati, walau sekejap untuk kaum hawa lawati, ia bukanlah asbab untuk kami tidak mengirimkan salam dari Malaysia. Setiap yang melawatmu Muhammad saw melahirkan rasa syukur tidak terhingga.
yeeply : semoga kami semua diampunkan dosa & dijemput lagi sebagai tetamu-Mu Ya Rabb & Rasulullah saw.
No comments:
Post a Comment