Sambutan Maulidur Rasul memang meriah di Malaysia. Baik daerah, negeri atau peringkat kebangsaan. Walaupun ada yang mengatakan ia bida'ah, namun bida'ah itu boleh jatuh pada bida'ah dhalalah (buruk) atau hasanah (baik).
Fikirkan kes benar dibawah...
' Ustaz, saya mahu peluk Islam sebab saya ada tengok orang berarak dalam tv masa maulidur rasul, ia beri ketenangan pada diri saya...'
Syukur, umat Islam semakin makmur di Malaysia ini.
Namun tahun ini Maulidur Rasul nampaknya akan bersaing dengan sambutan Valentine (yang mana tarikhnya jatuh awal sehari dari Maulidur Rasul). Mencabar bukan? Malaysia mesti bermati-matian (ayat jihad ",) untuk menonjolkan sambutan Maulidur Rasul berbanding sambutan Valentine.
Dan inilah buktinya kesungguhan mereka :
11 Febr : Tajuk Khutbah Jumaat yang tegas ' Valentine Day's Haram'
13 Febr : Kempen Anti Zina @ Dataran Shah Alam Selangor
14 Febr - 15 Febr : Pelbagai tayangan cerita di saluran televiyen yang menayangkan cerita berunsur kerohanian
Namun, ada juga stesyen tv yg menyambutnya dengan senang hati tanpa malu...
Amalan sunat pada Maulidur Rasul? Rajinkan berselawat dan azamkan dalam diri untuk ikuti sunnah Rasulullah saw. Berselawatkah mulai sekarang untuk perolehi shafaat Muhammad bin Abdullah di akhirat kelak.
yeeply : Hari Maulidur Rasul membawaku merentas negeri jiran untuk lebih mengenali dan memahami..terima kasih Allah kerana beri nikmat gembira dalam hati
No comments:
Post a Comment