Tuesday, December 7, 2010

SMS MA'AL HIJRAH

- Hidayah Hijrah -


Tahun ini agak luar biasa menarik, sebab untuk menghantar ucapan, kini menjadi mudah dan pantas. Tidak ketinggalan juga sambutan Ma'al Hijrah 1432h. Mana pernah masa 2-3 tahun sebelum ini orang mengucapkan 'Salam Ma'al Hijrah' ataupun apa-apa lah ucapan yang panjang lebar. Memang jarang orang meraikannya di handphone.

Cuma yang pasti, keraian di masjid-masjid, ya memang ada. Juga di television. Aku juga tidak ketinggalan mewar-warkan program Ambang Hijrah anjuran JAIS untuk sekalian ahli ABIM Selangor.

Pada sehari sebelum 1 Muharam, ada seorang ustaz dalam Tanyalah Ustaz memberi penerangan tentang kepandaian orang Melayu Islam yang mengada-adakan puasa sunat 1 Muharam. Benar seh...aku juga terima sms yang suruh aku puasa 1 Muharam, lucu ya.

Begini sahabat semua, memang la ada galakan puasa sunat dalam bulan Muharam, tapi tidak di'stress'kan 1 Muharam. Yang ada ditekankan ialah puasa pada hari Asyura dan hari Arafah.

Rujuk hadith berikut :

1. Daripada Abi Hurairah r.a telah berkata : Sabda Rasulullah s.a.w " Sebaik-baik Puasa setelah Ramadhan adalah puasa pada bulan Allah iaitu Muharram". Hadis riwayat Muslim, Abu Daud, Tirmizi, Nasaei dan Ibnu Majah.

2. Daripada Ibni Abbas r.a berkata : Sabda Rasulullah s.a.w " Barang siapa berpuasa pada hari Arafah dia akan diampunkan dosa dua tahun, dan barang siapa yang berpuasa sehari daripada Muharram, pahalanya setiap hari seperti berpuasa 30 hari". Hadis Riwayat At-Tabrani (Fis Soghir).

3. Daripada Abi Qatadah r.a bahwa Rasulullah s.a.w disoal tentang puasa hari Asyura (10 Muharram), beliau bersabda " Puasa hari itu akan memengampunkan dosa tahun lepas". Hadis Riwayat Muslim dan lain-lainnya.

4. Daripada Ibni Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w berpuasa pada hari Asyura atau memerintahkan supaya berpuasa pada hari tersebut". Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

5. Daripada Ibni Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :" Tiada hari yang melebihi hari yang lain dalam berpuasa kecuali pada hari-hari di bulan ramadhan dan hari Asyura". Hadis Riwayat At-Tabrani dan Baihaqi.

6. Darpada Abi Said Al-Khudri r.a berkata : Rasulullah s.a.w bersabda " Barang siapa yang berpuasa pada hari Arafah diampunkan dosanya setahun akan datang dan dosa tahun lepas, dan barang siapa yang berpuasa hari Asyura diampunkan dosanya setahun". Hadis Riwayat At-Tabrani.

7. Daripada Abi Hurairah r.a bahawa Rasulullah bersabda :" Barang siapa yang membelanja dan menginfaq pada kaum keluarganya pada hari Asyura, Allah taala akan meluaskan rezkinya sepanjang tahun tersebut". Hadis Riwayat Al-Baihaqi. (Semua Hadis tersebut di atas ada di dalam kitab At-Targhib wat Tarhib karangan Imam Al-Hafiz Zakiyuddin Al-Munziri)

yeeply : kepada sahabat yg terima sms sepertiku di atas, segeralah berpesan2 kepada sahabat yg meng'sms anda itu. Jangan biarkan dia tidak tahu..

1 comment: