Monday, October 18, 2010

BELAJAR BAJA KOMPAS @ KG BUKIT CERAKAH

Dalam bulan Oktober ini aku dan geng ABIM Selangor akan belajar cara-cara menanam sayur / buah dengan teknik organik.

Bestnyer, boleh jadi petani seminggu sekali. Lepas ini mari kita jelajah tanah rumah mak. Hehehehe...

Formula 1 : 3 : 10

a) 1 = 1kg gula merah
b) 3 = 3kg kulit2 buah/sayur (lain2 lebihan makanan seperti ikan dan ayam atau nasi juga boleh, tapi baunya...memg tengik...)
c) 10 = 10liter air hujan/perigi/telaga/embun/bukit (air paip xleh sebab ada klorin)....= 2 bekas minyak masak

Tambahan : 2 peket tempe yg segar & 2 peket tapai ubi/beras

Proses:
1) potong semua kulit buah/sayur sehingga halus (supaya memudahkan proses penghadaman)
2) masukkan dalam satu timba yang boleh buat 10liter air (timba cat ok)
3) masukkan 1kg gula merah
4) masukkan 2 peket tempe (dipotong2 ya)
5) masukkan tapai (penyek2kan tapai agar sebati)
6) masukkan air (gaul semua bahan sehingga sebati)
7) setelah rasa puas hati, tutup timba dengan penutup yg rapat (jgn bagi udara masuk)
8) biarkan selama 21hari = 3minggu
9) jangan letak bawah sinaran matahari
10) baja yang siap boleh bertahan selama 6 bulan
11) kualiti baja bermula dari bulan 1 dan apabila hampir kepada bulan terakhir, ia sudah tidak kualiti

Itu sahaja pelajaran hari ini. selamat berjaya.

yeeply : dulu pernah angan-angan mahu berbakti pada tanah..kini impian itu makin hampir

No comments:

Post a Comment