Monday, September 13, 2010

TIDAK PERCAYA REZEKI ALLAH?

- iftar @ Burger King -

Kisah yang ringkas yang memberi pengajaran pada semua yang terlibat. Bahawa sesungguhnya janganlah diragui akan kemurahan rezeki dari Allah swt. Sesungguhnya Allah melimpahkan rezeki kepada mereka yang beriman dan bertaqwa pada-Nya.

Kerana merasakan persiapan rezeki yang ada tidak mencukupi, maka kami bergerak ke bazar ramadhan dan dukacitanya tiada rezeki untuk kami menambah kecuali air soya. Azan lantas berkumandang, namun sunat berbuka awal tidak dapat kami penuhi, malanglah pula air soya yang dibeli, panas.

Seorang bersuara ' Jom baca doa buka puasa...heheheh..sekurang-kurangnya kita pecahkan puasa kita' sempat berlawak pula. Siapa sangka selesai semua berbuka di rumah, rezekinya masih banyak dan boleh pula dibuat sahur.

yeeply : air soya yang dibeli tiada gula...aduih...

No comments:

Post a Comment