Monday, September 20, 2010

DRAMA KERETAPI JAM 2AM

- ketenangan di parit tok ngah tanjung piandang -

Salah siapa jika keretapi tiba lambat?

Seorang bapa memarahi kaunter tiker ktm kerana keretapi lambat. Dan anaknya pula menangis menambahkan stress beliau.

Seorang cina asyik keluar masuk dari kaunter tiker, tapi riaknya masih bersabar.

Seorang mat saleh pula resah gelisah kerana kalau keretapi ini lambat bermakna kemungkinan beliau juga akan ketinggalan penerbangannya di KLIA.

Seorang gadis ipta terpaksa ditinggalkan oleh keluarganya kerana mereka tidak sanggup untuk menunggu lama. Alhamdulillah gadis ipta itu tidak menangis.

Seorang lelaki muda yang cuba berdiplomasi dengan kaunter tiker bertanya mengapa keretapi lambat.

Akhirnya setelah lama kaunter tiket ktm berdiam diri (setelah dimarahi, ditanyai beribu kali dan seangkatan dengannya), beliau bersuara…

Ting..tong….’kepada semua penumpang ktm ke kl sentral, dimaklumkan keretapi menghadapi masalah di butterworth dan akan tiba dalam jam 2.20pagi’…ting…tong.

Sekian sahaja drama keretapi lambat yang menyebabkan semua penumpangnya terpaksa berpanas punggung dari jam 12.00tgh mlm sehingga jam 2.00pagi.

yeeply : aku pula berkata ‘ aku bakar juga ktm parit buntar ni ‘….

No comments:

Post a Comment