Friday, August 20, 2010

SAHABAT MUDA @ BUKIT BANGKONG

- jadilah kalian belia harapan agama, bangsa dan negara -

Hati aku tersenyum di kala penganjur bertanya soalan ini kepadaku. Saat itu juga aku terus terbayang muka-muka rakan-rakan yang selalu aku bawa ke program. Bagus budak-budak ni….hahahah

‘ Bagaimana ustazah kamu didik kamu dan rakan-rakan untuk turun ke program sebegini? ’

‘ Jarang-jarang ada anak muda belia yang mahu turun ke program begini. ‘ soal penganjur program kepada aku dikala aku menunggu penceramah PUSBA.

Agak sukar untuk aku berikan jawapan yang spesifik.

‘ Kami memang telah dilatih untuk mem’flexible’kan diri untuk turun padang ke program apa jenis sekalipun ‘ balasku.

Belia memang perlu dilatih dari awal untuk mengasah bakat dan mendedahkan mereka kepada masyarakat. Selain itu, mempunyai pemimpin yang cekal dan open minded juga salah satu kredit untuk mudah berkomunikasi dengan team nya.

Aku rasa bersyukur kerana kini aku mempunyai rakan-rakan belia yang mempunyai jati diri belia muslim yang cekal, punya minat yang mendalam terhadap Islam dan pada masa yang sama mahu terus berdakwah walau terpaksa bermula dari bawah.

Memang bukan mudah untuk dapatkan team yang sama ‘fikrah’ tapi amalkanlah hadith nabi ini ‘ inna mal a’malu bin niat ‘ . Bila anda bermula dengan dengan niat yang baik, insyaAllah Allah akan membalas dengan pulangan yang baik. Dan bermohonlah pada Allah itu dengan sabar dan solat.

Tiba-tiba aku terfikir…’Macam manalah penganjur tak tanya soalan tu, mestilah dia hairan, anak muda manalah yang mahu berprogram bersama-sama dengan nenek-nenek’…hahahahaha…

yeeply : masih tidak jemu berjuang walau sudah lama bersama….terima kasih sahabat

1 comment: