Tuesday, August 10, 2010

KSSB @ MASJID AN-NAIM JALAN KEBUN

- semoga rezeki anak-anak semua melimpah ruah ya -
- bahagian pendaftaran berpeluh-peluh menahan panas -

5 Ogos 2010, di Masjid An-Naim telah berlangsungnya majlis penyerahan sumbangan beras sempena program Kempen Seorang Sekampit Beras anjuran ABIM Selangor. Bersama-sama menjayakan ialah sukarelawan ABIM Selangor, ajk masjid dan JKKK Kampung.

Penerima ialah dikalangan fakir miskin sekitar, ibu tunggal, muallaf dan orang asli. Satu perkara yang sempat dipelajari ialah kebanyakan penerima ini lalai dalam soal solat. Lucu bila ada nenek yang mengatakan tidak boleh solat sebab sesak nafas. Semoga hidayah sentiasa menerangi hati mereka.

yeeply : 'Sesak nafaskah?' soalku apabila selesai nenek itu mengambil wudu' dan bersedia untuk solat...dia menggeleng...aku tersenyum..



No comments:

Post a Comment