Tuesday, July 13, 2010

MOTIVASI @ DARWA (2)

Nak kata lucu pun ada..nak kata risau pun ada. Apa yang boleh kami lakukan hanyalah berdoa semoga Misxxx jumpa jalan pulang dan keluarganya juga tidak perlu membuat laporan polis. Macam-macam hal. Tapi, dari maklumat yang dimaklumkan dari penghuni DARWA, Misxxx memang mahu benar berjumpa dengan anak-anaknya. Aku tidak dapat membayangkan seorang penghuni yang mempunyai masalah jiwa berada di kota yang tidak diketahui selamat atau tidak.

'Kita memuhasabah diri bukan untuk menjatuhkan diri, tapi untuk memperbaiki diri' antara bait-bait hasil tulisan HM Tuah yang aku terbaca. Dan memang benar, dalam proses mengkoreksi diri tidak perlulah terlalu mengkritik diri sendiri sehingga rasa tidak bermotivasi, tapi cukuplah kita berfikiran positif bahawa kita boleh jadi yang terbaik andai perangai lama yang buruk itu dibuang jauh-jauh.

Penghuni DARWA diminta untuk melakukan SWOT analisis terhadap diri sendiri.

Kata mereka 'susahnya kak, mahu cari kebaikan diri sendiri'

Kata mereka 'tapi senang pula mahu cari keburukan diri sendiri'

Kenapa ini terjadi? Ini adalah sindrom rasa diri tidak cukup baik, dan ini adalah satu sifat kehambaan yang memang patut ada dalam diri = rasa rendah diri. Makanya, berubahlah kepada yang lebih baik. Jadikan bilangan perbuatan baik anda lebih banyak dari keburukan. Berusaha !!

yeeply : berpinar dari shah alam > trolak > suharto > gedangsa > sg tengi > shah alam = pengsan..hahaha

No comments:

Post a Comment