Tuesday, July 6, 2010

MOTIVASI @ DARWA (1)

Semasa diberi pilihan untuk mengadakan kelas apa, sengaja aku ajukan 'Kelas Motivasi' untuk penghuni Darul Wardah setiap hari Rabu. Isu yang dibangkitkan hari ini ialah tentang fitrah manusia suka kepada kebaikan. Baik orang itu jahat atau tidak, memang dia akan lebih tertarik kepada kebaikan. Hatta budak lelaki yang nakal juga bila ditanya mahu berkawan dengan perempuan yang bagaimana, jawapannya tentu yang 'baik'.

Namun, jika semua manusia suka kepada kebaikan, mengapa timbulnya kejahatan? Antara soalan kepada penghuni DARWA untuk berfikir sejenak....

Dihujung sesi, penghuni diberi kesempatan untuk menulis seberapa banyak ciri-ciri suami soleh...dan benarlah ! Semua ciri yang diberi adalah yang 'baik', mana mungkin kita mahu suami yang jahat kan?

yeeply : 'Siapa Aisyah r.a di mata anda?'...soalan cepumas kepada penghuni DARWA.

No comments:

Post a Comment