Monday, July 26, 2010

BOOTH KEMPEN SEORANG SEKMAPIT BERAS

- Muka-muka yang 'wanted' -

- Tuan Pengarah JBS tekun mendengar penerangan YDP & Exco Latihan -

'Kamu batalkan nak buka booth kempen seorang sekampit beras?' serius suara YDP.

Alamak, kalau dah bunyinya begini...memang kena bertindak sepantas kilat. Memang aku dah batalkan pun (bukan setakat hampir-hampir) untuk buka booth. Entah kenapa otak aku tidak dapat berfungsi dengan betul dalam 2-3 hari ni. Mungkin akan lebih terarah selepas program Smart Solat di Sungai Tengi nanti...aduh....

Alhamdulillah sampai juga ke Quality Hotel dan bermulalah sesi Kempen Seorang Sekampit Beras. Nampaknya motivasi aku agak 'down' untuk permulaan, bila seorang senior ABIM (tapi tidak aktif) telah membebel-bebel padaku tentang kelesuan ABIM sekarang ini. Aku sengih je la...sebab walaupun dia membebel-bebel tapi tangannya pantas menderma untuk gerakan ABIM ini. Bak orang kata 'marah-marah sayang'...hahahahaha...

Kemudian aku pantas dapat idea untuk suruh Rahmat datang membantu. Boring la jaga booth seorang diri. Sekurang-kurangnya kedatangan dia tidak sia-sia kerana banyak tips dan peluang yang dia dapat. Semoga dia gunakan sebaik-baiknya. Berusaha la Rahmat oi !!

Wah, respon warga kerja KDEB ini sangat positif la. Memang berbaloi-baloi berkempen kat sini. Tambahan pula, ada Tazkirah Perdana dari Ustaz Harun Din dan Dato Sri Anwar Ibrahim pula turun. Aku hanya mampu memberi senyuman kerana terkezut...hihihii...

yeeply : sudah lama tidak turun padang jaga booth selepas karnival proton

No comments:

Post a Comment