Thursday, June 17, 2010

NAK UBAH ORANG?

Sedang melepak di atas kerusi rotan di hadapan tv, aku tertarik untuk menonton rancangan Tanyalah Ustaz @ TV9 sebelum bersiap untuk ke kerja. Bagus juga rancangan ini, sarapan pagi untuk aku, nenek dan semua yang masih terlentang atas katil selepas subuh...hahahaha.

Satu ayat yang menarik perhatian aku sehingga masih lagi terngiang-ngiang di mindaku hingga kini ialah :

'Kita tidak mampu untuk mengubah orang, tapi kita kena tegur sebab dia buat salah ( dan sebab Allah suruh)'

Jadinya, kalau kita tegur dengan 'hati' maka orang akan menerima dengan 'hati' TAPI andai kita menegur dengan 'nafsu' maka orang akan menerima dengan 'nafsu'.

“ Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum suatu kaum itu sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka” (Q.S. Ar-Rad 11)

yeeply : sedang berusaha merendahkan kolesterol api dalam diri...hahaha

No comments:

Post a Comment