Thursday, May 13, 2010

SEKRETARIAT ABIM SELANGOR TURUN PADANG

Gombak > KL > Bangi > ??

Aku suka walaupun penatnya hanya kami dan Allah yang tahu. YDP ABIM Selangor sendiri berkata ' kita ni kalau bahagian promosi memang lemah'. Jadi...kami mahu buktikan bahawa ABIM Selangor tidak lemah, lagi-lagi kami yang menerajui Sekretariat ini.

Benar, bahagian pemasaran sangat penting. Sebab tu, kami sanggup turun padang ke semua agensi dan abim pusat sendiri. Kerana kami sedar, ABIM ini sebenarnya memang ramai ahlinya. Dan, siapa sangka...kami peroleh ilmu yang pelbagai dari pelbagai agensi. Kata-kata perangsang dari senior memang memberi kami semangat untuk lebih maju dan berjuang habis-habisan. Senior abim memang hebat ! Itulah yang patut kami gelarkan.

Aku sendiri tidak menafikan generasi abim kini agak lemah, terutamanya bahagian memberi sokongan dan kehadiran. Tapi, aku teringat seorang penulis ini...jangan hanya kerana seorang yang bersifat negatif, anda menjadi lemah kerana itu TAPI ambillah semangat dari orang yang memberi anda respon positif !

yeeply : seorang yang memang dilahirkan untuk memimpin tidak perlu bersusah payah untuk menjadi 'ketua' atau mengikuti bertimbun-timbun kursus kepimpinan...KERANA...insyaAllah dia akhirnya akan memimpin jua...

2 comments: