Saturday, May 22, 2010

RACTAR @ SURAU

Sengaja aku kumpulkan adik-adik di surau kali ini. Dan kali ini juga aku tidak bawa sebarang peralatan, hanya ada tisu (sebab selsema), handset dan kuci kereta yang berkeychain kan kepit kuku.

Apa je yang boleh dijadikan modul dengan barang-barang ini?

Idea aku ialah untuk menghidupkan amalan solat sunat dhuha dalam kegiatan seharian mereka. Sebelum itu sempat juga kami praktikal ambil wudu' dengan menggunakan hanya secawan air. Ini adalah cubaan seandainya mereka benar-benar berada dalam kesusahan dikala waktu itu air hanya sedikit.

Antara point yang menarik aku ketengahkan selain fadhilat solat sunat dhuha, juga mengapa kita digalakkan melakukan solat-solat sunat dalam kehiduan seharian.

Analogi yang diberi ialah : kita sudah belajar di sekolah...mengapa kita perlu lagi buat kerja sekolah...latih tubi la...malah pergi tuisyen lagi... = sebenarnya faktor-faktor tambahan itulah yang boleh memberikan kejayaan kepada seseorang.

Samalah jua dengan solat fardhu : kita sudah solat 5 kali sehari semalam...mengapa perlu kita buat yang solat rawatib la...solat sunat dhuha la...solat malam hari la....= sebenarnya dengan solat sunat inilah yang boleh beri 'kredit' kepada seseorang untuk senang menuju ke syurga dan kejayaan dalam hidupnya....insyaAllah.

Di penghujung pertemuan, mereka di dengarkan dengan lagu 'tombok hati' atau bahasa malaysia ialah 'rawatan hati'. Ada 5 perkara :

1) mengaji quran dan fahami maknanya
2) berzikir
3) solat sunat malam hari
4) berkumpul dengan orang soleh
5) puasa selalu

Sudah kaji hati anda?

1) Hati sihat : bila dia dikritik, dia terima...bila dia dipuji, dia malu
2) Hati sakit : bila ditegur, dia menyedarinya...tapi tidak mahu berubah
3) Hati hitam : bila ditegur, dia tidak mahu berubah dan tidak dapat menerima kritikan...malah lebih teruk, dia akan kritik semula orang yang mengkritiknya

yeeply : mohon Allah pegang hati kita dan lembutkan hati kita

2 comments:

  1. Bukan senang utk m'dptkan hati yang bersih. Hnya diri kt yg mengawal dan mengatur hati ke jln yg baik. Mudah2n hati kt sentiasa dipelihara kerana hati manusia itu selalu berubah2. Mg kt dpt hati yg istiqamah dlm melakukan stp perkara...Amin ya rabb~~

    Tips utk m'cuci hati(antara yg lain):

    1) Tidak meninngalkan solat 5 waktu

    2) Sentiasa memaafkan orang lain

    3) Saling bermaafan jika kita kt melakukan kesilapan

    4) Solat taubat

    5) Sedekah

    6) Istighfar 70x dan lebih

    # Hati yang bersih terlahir dari wajah yang tenang dan tindakan@perilaku yang sopan... @@,

    ReplyDelete
  2. ya..itulah yg paling benar...syukran ya atas ingatan yg murni

    ReplyDelete