Wednesday, April 7, 2010

SURAH AL-HUJURAT AYAT 12


’Saya ..’ aku mengangkat tangan untuk membentangkan surah al-hujurat ayat 12. Asalnya aku main redah saja, sebab time tu dah nak balik dan ustaz tiba-tiba nak cari lagi orang untuk pembentangan...dan apalagi..untuk mencepatkan proses hendak keluar kelas..itulah yang berlaku.

Tibalah masa aku untuk ’study’ ayat ini di Kedai Inayah..hehehe..my fav location. Uniknya, sewaktu aku sedang study ayat ini, seakan-akan Allah ingin memberi aku signal. Adakah apa yang aku pelajari ini boleh aku amalkan?

Bak kata pujangga ’ ilmu tanpa amal, tak berguna ’ .

3 perkara yang dilarang dalam ayat ini ialah :

a) jangan mempunyai prasangka (lagi-lagi yang buruk)
b) jangan mencari keaiban orang
c) jangan mengumpat

Sedang aku tekun men’study’, aku perasan ada sorang budak kecil ni, 2-3 kali masuk kedai, membelek barang dan terus keluar kedai. Aku teringat kata-kata azimat Umi Hanifah :

’ Akak takde mood la, budak asyik curi barang jer..’

Maka, aku terfikir ’adakah..?’

Kemudian, aku terus rasa terpukul dengan ayat 12 surah al-hujurat ..jangan prasangka !

Kali ke-4 dia masuk kedai dan membelek barang lagi ! Sah dah...TAPI...sabar...dan tiba-tiba budak kecil itu datang ke kaunter bayaran sambil memegang 3 keychain Thailand. Hati aku dah tersengih mengutuk diri sendiri...heheheh...rupanya dia sedang ’window shoping ’ dahulu sebelum membeli.

Semestinya aku hairan, kerana di tangannya hanya ada RM1, padahal satu keychain berharga RM2. Dan aku memang sengaja baca harga keychain itu kuat-kuat...dengan niat nak kata ’ dik oi, mana cukup duit tu...’

’La..RM2 ke..ingatkan RM0.20’ adik kecil menjawab dengan slamber.

’Aduiiihhh...macam ni pun ada ker? Apa la nak jadi dengan budak-budak Kampung Bukit Naga ni...’ hati aku tersengih sendirian.

yeeply : bilalah agaknya impian untuk memiliki ’Reading Room’ di Bukit Naga akan tercapai?

2 comments:

  1. xpe berprasangka...tp andaian y baik jela...
    Kesian budak tu xt'capai kehendaknye nk sume keychain tu...hm,dia sedang belajar mengira la tu kak..huhu

    * Gud luck utk akk presentation nt... :)

    ReplyDelete
  2. xper, budak tu ada benda lain gak dia nak beli..tapi kamu bayangkan ya, budak Bukit Naga ni memg lemah matematik. Ada sorang budak form 1 ni, akk suh dia kira 0.15sen + 0.15sen pun dia tak tahu !!! Macamana la akk xpening....

    ReplyDelete