Sunday, April 18, 2010

NAMA SEBAGAI PENGGERAK MOTIVASI

- kita tembak musuh kita -

Kes sebegini aku memanggilnya sebagai ' Aura Fasilitator...hehehehe...

Adik A : Kak nama apa?

Aku : Hidayah Setengah jam kemudian.

Adik A : Kak boleh bagi nombor telefon?

Aku : Boleh, esok bila akhir program (hatiku tersengih, jangan harap aku nak beri...hahahaha)
- kiri, kanan,kiri, kanan... -

Hijrah Ilmu 2010, 17 & 18 April @ Kem Warisan Sembilang, Jeram.

Sesuatu yang menarik telah berlaku dan memberi aku satu kepastian bahawasanya ’nama’ memang boleh menjadi penggerak motivasi kepada seseorang. Bagaimana ini berlaku?

Aku terlihat seorang budak sedang duduk di dalam dewan seminar seorang diri. Budak lelaki. Berpakaian merah. Berkulit hitam manis. Sedikit chubby. ’Oh, inilah rupanya budak yang menangis mahu balik ke rumah tu..’ hati berbisik.

’Adik kenapa duduk disini?’

Diam.... ’ Tak mahu solat kah?’

Diam dan hanya menggeleng-gelengkan kepalanya...

’ Mana boleh tak solat dik, Allah marah...jom kita ambil wudu’’

Sekali lagi dia menggeleng kepala.

’Kenapa ni?’ aku masih berlembut.

’Demam’jawabnya perlahan

’Eh, mana ada demam..dahi tak panas pun..jom kita amik wudu jom’

’Tak...tak...tak...’ air matanya mula menitis.

- aduih..tangan aku dah lenguh tulis dengan tangan luar biasa ni -

’Mana boleh macam ni..adik asyik kata tak mahu jer..cuba bergerak dulu, mesti lepas ni ok punya’

Dia menggelengkan kepalanya lagi.

Selepas 10 minit cubaan aku ’berlembut’ tidak berjaya...maka gunung berapi pun sudah bergolak..memang budak ni cari nahas dengan aku ! Hahahahah...

’Dik, apa nama?’ suara sedikit tegas

’Mujahidin’ dia menunjukkan tagnama nya. Hati berbisik ’ alamak, apa maksud mujahidin ek?’

Nasib baik Izati tahu maksudnya.

’Kamu tau tak, Mujahidin ni maksudnya PEJUANG ! Seorang pejuang akan maju ke depan, sentiasa positif, tidak akan menangis dengan hal yang remeh temeh. Pejuang sentiasa berkata YA pada dirinya dan tak akan menyusahkan orang lain ! Itu barulah Mujahidin ! ’ tegas dan geram sekali nadaku bersuara.

’Kamu tu sebenarnya dipengaruhi emosi je. Kalau asyik kata TAK sahaja, memangla lemah, Cuba katakan YA dalam hati tu, cuba !! ’ aku semakin menekan.

Ada tindak balas, yes!

’Jadi, sekarang boleh kita pergi ambil wudu’ dan solat?’ tone aku sedikit rendah.

Dia mengangguk.

Alhamdulillah
.....................................

Dari dahulu lagi aku percaya NAMA beserta MAKSUDnya memainkan peranan yang sangat besar dalam pembentukan personaliti seseorang dan kes di atas seakan-akan membenarkan tekaanku.
Memang menjadi kepantangan seseorang apabila NAMAnya disebut dan disentuh. Seolah-olah maruahnya tercabar. Dan memang inilah yang aku amalkan dalam setiap program yang aku hadiri, bermain dengan NAMA seseorang. Menyebut nama penuh atau salah satu (kalau namanya ada sampai 3 perkataan, asalkan tidak lari makna dan bunyi asal) adalah satu penghargaan kepada individu.

Sebab itulah, ada insan yang sanggup menukar namanya kepada maksud yang lebih baik, kerana satu nama itu adalah DOA. Aku sendiri sentiasa berdoa agar NORHIDAYAH ini menjadi ’cahaya pembimbing’ kepada insan diluar.

Firman Allah bermaksud yang bermaksud (surah al-Hujurat ayat 11) :

'Janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah segala jenis nama panggilan yang berciri kefasiqan selepas kamu beriman'

..........................

Lawak 1

Sementara menunggu solat isya’.

Aku : Siapa yang sudah hafaz ayat kursi? Mari ke sini...

Ada 11 budak yang datang dan aku lihat ada sorang budak yang aku ragui kesahihan penghafalannya.

Aku : Kamu hafaz ayat Kursi?

Adik N : Ya.

Aku bertambah tidak percaya.

Aku : Cuba baca.

Adik N : Tak tahu...

Aku : Habis, buat apa kamu datang sini?! Ini hanya untuk orang yang sudah hafaz ayat kursi !

Aku jerkah sambil nak gelak besar...aduiiihhh...

Adik N tersengih lagi sambil mengangguk namun tidak berganjak dari kelompok itu.

Aku : Dah..dah..jangan duduk sini.

Dia hanya tersengih lagi dan angguk dan ini memang bisa menukar aku kepada warna hijau..heheheh.

Aku : Sesiapa tolong angkat dia ni !!!!!!

..................

yeeply : berkobar-kobar untuk presentation...akhirnya...ustaz tidak hadir...tidak!!

No comments:

Post a Comment