Sunday, January 24, 2010

RASA MENGHARAP PADA ALLAH


Kisah si gadis yang rasa mengharap pada Allah…

Si gadis melangkah yakin masuk ke dalam dewan Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor sempena program Konvensyen Kepimpinan Wanita Selangor 2010. Dalam rasa yakin itu, si gadis rasa gusar, gusar kerana bagaimana dia mahu menghubungi sahabatnya yang hadir di konvensyen itu.

Para hadirin yang ada terlalu ramai dan semuanya wanita. Telefon pula tidak berfungsi langsung. Si gadis terus melangkah dan pada masa yang sama meliar anak matanya kalau-kalau terlihat sahabatnya di celahan orang ramai. Hampa…

Hati si gadis terdetik…’Andai Allah permudahkan pencarianku ini, Dia akan pertemukan jua kami berdua…’

Dan si gadis terus mencari tempat duduk. Si gadis menegur seorang wanita baya 30an adakah ada orang yang duduk disebelahnya..nampaknya memang tiada. Si gadis senyap dalam 5 minit…mungkin 3 minit agaknya..tidak tahan senyap begitu sahaja..

Tindakan pertama..’ Puan datang dari mana?’

‘Banting’

‘Mewakili apa?’

‘Persatuan Perniagaan Wanita’

‘Oh..’

‘Adik dari mana?’

‘Saya sini sahaja, ABIM..’

‘ABIM? Tadi ada seorang juga dari ABIM. Itu dia..’sambil menuding jarinya.

Hati si gadis bergolak…siapa ya?

‘Wah ! Itulah sahabatku !!!! ‘ hati si gadis menjerit kegirangan.

‘Terima kasih sangat, saya memang sedang mencari dia. Saya bergerak dahulu ya’ si gadis meminta izin.

Ternyata tawakal si gadis kepada Allah tidak sia-sia.

Pengajaran yang ingin penulis sampaikan = hendaklah kita 100% mengharap pada Allah dan redha dan sabar atas apa jua kesulitan yang dihadapi.

yeeply : si gadis tersengguk-sengguk semasa pembentangan kertas kerja lantas pulang awal dari majlis…hehehehhe….

No comments:

Post a Comment