Tuesday, January 19, 2010

MOTIVASI SKUAD MASAK

- 12am skuad memasak menunjukkan taringnya..ngeh3x -

- terima kasih kakak & abang skuad masak, kami rasa sungguh terharu -

- belajar untuk lebih stabil dan fokus dalam hidup -

- kami seronok sebab dapat belon dan gula-gula -

- arghh..kenapa hidup ini sukar sangat !!! sabar ya adik -

- dalam kegelapan kami mencari 'hidayah'...wahahaha... korang memang nak kena -

- sabar menunggu rezeki hari ini -

- siapa mahu pulang ke kota? -


- team medic yang bersemangat waja dan tahan lasak -

- skuad dapur yang cemerlang..kenapa budak P tu ada dalam pic ni zalina? huh ! -

- semangat setiakawan mengiringi sepanjang kami di sini -

Apakah yang dapat memotivasikan anda apabila perkara yang kita jangka berlaku tetapi tidak berlaku, malah perkara yang sedang berlaku itu jauh terlalu teruk dari yang dapat dibayangkan? Memang parah....

Itulah yang berlaku semasa aku dan sahabat ABIM Selangor mengembara menuju Misi Dakwah ke Perkampungan Orang Asli di Kampung Ulu Slim River. Dari apa yang aku dengar kami dihantar adalah untuk mempelajari cara-cara untuk berdakwah, berkomunikasi, merasai kehidupan orang asli. Namun sebaliknya berlaku...

Kelima-lima kami diberi tugas yang tidak pernah aku fikirkan sebelum ini..menjadi skuad dapur ! Wahahahaha.....aku memang nak gelak besar dan terbahak-bahak !

Akhirnya dalam kesesatan kami menimba ilmu di dapur, aku sedari banyak perkara yang tidak aku sedari. Dan ia membawa manfaat kepada kami, antaranya :

a) semangat setiakawan = well..walaupun ada yang malas-malas tetapi disinilah ujiannya adakah anda seorang yang boleh diharap dikala rakan anda yang lain ditimpa ujian yang sama..adakah anda akan selfish..biarlah mereka sahaja yang buat...alhamdulillah, sifat itu tidak ada dalam 3 anak muda yang aku kenali itu..

b) semangat enjoy = bagi aku walau besar mana sekalipun ujian yang diberi kepada anda, elakkan dari bersikap emosi..ia hanya akan menjejaskan kredibiliti anda sebagai orang yang terlibat dalam bidang dakwah kebajikan..dan apa yang dilihat, kami tetap enjoy especially bahagian bermain dan makan gula-gula..hahahah

c) bersikap relax dan kreatif = kalau tidak ada bawang hidup, bawang goreng pun boleh (padahal bawang goreng tu memang ler aku dah tau wujud kat situ semenjak aku masuk dapur lagi..huh..)..maksudnya kalau tiada bahan utama, cubalah fikir untuk mencari yang seangkatan dengannya atau yang serupa dengannya..jangan cuba membazir..dan bertenang dalam setiap perkara...fikirlah secara kreatif untuk menjadikan ia terbaik..

d) redah saja = ingat lagi entri sebelum ini yang aku kata ' rehat dan mandi adalah perkara terakhir yang patut dilakukan jika anda mahukan kembara yang mencabar?'...dan ia benar-benar berlaku...hahahahah....

Kesimpulannya, walaupun kami tidak dapat redah kampung orang asli seperti yang aku bayangkan, namun aku tetap rasai pengalaman menjadi 'skuad dapur' adalah memori indah yang tidak mungkin aku akan lupakan. Semoga selepas ini, kami akan lebih bersedia untuk apa jua cabaran. InsyaAllah.


yeeply : pahlawan skuad dapur = pak wan (chef), ustaz khairudin, azam, harith, farid, helmi, iqbal....srikandi skuad dapur = aku, zalina, next to be abim selangor ' cik liza' & izyan...hahahahah

No comments:

Post a Comment