Sunday, January 3, 2010

JOURNEY TO THE NORTH , PENANG ISLAND

31 Disember 09
Kalau tahun 2008 aku menutup tirai di atas kapal terbang, tahun 2009 pula aku menutup tirai di atas keretapi. Mana tahu, tahun 2010 pula aku tutupi ia di atas kapal. Menarik !

Pengembaraan ke Penang sebenarnya atas keinginan yang membuak-buak mahu pulang ke kampung, pada masa yang sama merehatkan minda dek kerja yang menimbun di bandar Shah Alam.

Jam 7.30mlm di Stesyen Komuter Shah Alam, ia bermula. Hati berdebar-debar kerana pengembaraan ini hanya seorang diri, manakala sahabat menunggu di Penang. Syukur, Allah menemukan aku berkenalan dengan seorang anak jati Penang di atas keretapi. Nama yang cukup indah Farah Najmi. Kami cukup senang berbual, mungkin kerana mempunyai minat yang sama; dalam bidang kebajikan dakwah. Janji kami, andai jodoh kuat akan bertemu di Selangor.


1 Januari 2010
Tepat 6.30pagi keretapi tiba di Stesyen Butterworth. Sahabat junior tiba agak lewat dan kesempatan ini memberi aku peluang untuk menghayati sejarah keretapi di Penang. Pengembaran bertambah mencabar apabila kereta yang dibawa tiba-tiba ’demam’. Kami menunggu doktor kereta tiba dengan sabar. Haiya...

Selesai merehatkan badan sambil menjamu selera makanan kampung ( sudah lama tidak makan sambal belacan kampung..sedapnyerrr! ) . Maiza – sahabat perjuangan Al-Falah – akhirnya tiba dan cerita cinta dia yang luar biasa pelik membenarkan kenyataan..cinta itu buta...

Keindahan flora dan fauna di Taman Belia mengingatkan aku suasana Bukit Cerakah. Lebih menarik lagi, taman ini mempunyai banyak alat senaman yang pelik-pelik. Aktiviti hiking juga ada, wah ! Esok pagi boleh hiking ( nampaknya kami hiking dalam mimpi ...hahahah ).

Batu golek ini berada di padang taman perbandaran setelah jatuh dari bukit berhampiran kawasan lapang Taman Belia pada 13 April 2005, jam 2.00petang. Menakjubkan, hairan bagaimana batu ini boleh bergolek? Wallahu ta’ala a’lam..

Aduh..laman ni benar-benar menusuk kalbuku...heheheh

Menghayati keindahan Ilahi sepanjang perjalanan 15minit menaiki feri memang selesa dan tenang. Ajaib rasanya bagaimana manusia mampu melakukan teknologi yang sehebat ini. Percayalah setiap dari kita memiliki sangat sedikit sifat-sifat Allah, hargailah dan manfaatkanlah ia !

QueensBay adalah salah satu persinggahan BBQ yang menarik. Kami tiba agak lewat dan sempat menjamu selera sehingga jam 12.00malam. Agak mengantuk bagi aku yang tidak tahan angin malam..huhuhu...

2 Januari 2010
Pengembaran diteruskan lagi dan ini adalah aktiviti wajib bagi mana-mana pelancong, jom shopping ! Aku bukanlah shopaholic, tapi sebagai pelancong..aku tetap rasa teruja untuk menghabiskan wang yang ada...hahaha..

Masjid Kapitan Kling asalnya adalah masjid yang tertua di Penang terletak di Lebuh Pitt. Ia mula dibina oleh tentera Syarikat India Timur apabila mereka tiba di Penang pada akhir abad ke- 18. Seorang ketua india muslim Caudeer Mohudeen aka Kapitan Kling memohon tanah untuk membina masjid yang lebih besar kerana india muslim semakin ramai. Tarikh November 1801 adalah bermulanya masjid ini dibina.
Niat aku untuk melawat masjid yang ada di Penang akhirnya tercapai. Dan inilah dia Masjid Kapitan Kling, ia benar-benar terletak di tengah bandar Tanjung. Aku menggambarkan masjid ini adalah adik-beradik kepada Masjid India (KL) dan Masjid Little India (Klang).

Gambar diabadikan oleh sekumpulan pelancong dari Taiwan..memang macam sembang antara itik dengan ayam...aku cakap omputih pun dia tak paham...nangis aku..

Dewan Makam Noordin? Aku tidak dapat info yang banyak kerana ia seolah-olah dikunci..tambahan pula ada kubur disebelahnya..jadi takkanlah aku nak main redah je kawasan ni..hehehhe...

Tidak lengkap rasanya kalau tidak singgah ke restoran seafood, Idea aku ialah untuk lepak di gazebo tingkat atas, sekali amaran dia ’HANYA UNTUK 4 ORANG SAHAJA’..merosakkan my mood jer. Alhamdulillah, aku pulang kekenyangan.

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan dan disinilah kami berpisah. Semoga aku dan warga Al-Falah akan tetap kekal bersahabat walau kita jarang bersua. InsyaAllah..

yeeply : mandi dan rehat adalah aktiviti terakhir yang anda patut fikirkan jika benar-benar mahukan pengembaraan yang hebat ! Percayalah ! Hahaha...

No comments:

Post a Comment