Friday, January 8, 2010

BUAT BAIK DIBALAS BAIK

Apakah yang boleh kita pelajari dari kisah dibawah ini?

Hari ini aku diminta untuk menjaga kedai kerana tokey kedai dan pengurus kedai pergi mencari kedai pemborong alat tulis. Katanya di Klang sahaja tetapi kenapa lama sangat? Abaikan sahaja.

Sedang leka bermain laptop sambil melayari internet, datang seorang makcik hendak membeli barang. Tiba-tiba beliau bertanya ' ada tak jual cd ayat al-quran dari juzu 1-30?'. Hati aku berkerut, tapi tidak dahi (maknanya aku sedang berfikir untuk membantu...hahaha..suka sangat cari pasal..).

Kemudian aku menjawab ' cd ayat quran tidak ada..'

' Tapi.kalau ada beli cd di sini, saya boeh burnkan ayat al-quran tu..macam yang saya tengah dengar sekarang ni..'

Dan makcik tu pun berceritalah panjang lebar berkenaan yang dia memang mencari merata-rata cd ayat al-quran, di PKNS pun tidak jumpa. Hai..pelik gak makcik ni..dia pergi kedai basikal ker? Padahal kat PKNS tu ada banyak kedai jualan kaset, cd, buku-buku Islam. Mungkin dia belum habis tawaf..hehehe...

Tanpa berfikir panjang aku pun mengofferkan diri untuk membantunya mem'burn cd dan berikan padanya. Dia berjanji akan datang semula untuk ambil cd itu. Dalam proses aku hendak mem'burn cd tu...adoihhh..macam-macam hal pulak berlaku..laptop tiba-tiba shutdown la..tak boleh nak burn la..saat itu hati aku dah membebel ' tu la..kenapa offer service yang tidak ada?...padan muka..'

Alhamdulillah, akhirnya selesai juga. Dan aku terus meng'sms makcik untuk mengambil cd itu.

Makcik : Berapa harga dik?

Aku : 50 sen sahaja kak, sebab saya charge harga cd jer..

Makcik : oh..kalau gitu, ambil ni..

Aku : RM10? Biar betul, kak? Saya tak boleh terima sebanyak ini..saya memang charge sebanyak 50sen sahaja..tak boleh ni kak..

Makcik : Akak ikhlas ni dik..memang dah lama cari cd ayat quran..syukur adik tolong akak..

Aku : Tapi, akak kena test dulu kat rumah..saya tak berani nak ambil sebanyak ini..kang bila pasang kat rumah,tiba-tiba tak berbunyi pulak..

Makcik : Tak apa..nanti akak suruh abang akak pasangkan..kat ofis dia boleh edit.

Aku : Beginilah, akak cuba pasang dulu kat rumah..kalau tak boleh on, terus bagitau saya ya? Nanti saya edit.

Makcik : Boleh..tapi ambil juga RM10 ni..

Begitulah kisah yang terjadi pada hari ini. Kisah yang aku paparkan di atas bukan untuk kata yang aku ni baik sebab suka-suka je nak tolong makcik tu. Tapi apa yang aku pelajari dari kisah di atas ialah :

- rezeki datang bergolek tanpa kita sangka..
- siapa yang buat baik, insyaAllah akan dibalas baik..samada on d spot atau lambat jer..
- jika sudah niat untuk bantu orang..teruskan niat anda, walaupun perjalanannya itu sangat sukar..

yeeply : mengantuk jaga kedai di tengahari buta..

No comments:

Post a Comment