Thursday, December 3, 2009

QURBAN @ KOMPLEKS RAKAN MUDA

Lihat secara realiti dan di gambar memang memberi reaksi yang berbeza. Kadar adrenalin juga berbeza. Kalau anda tidak percaya, cubalah jadi tukang sembelihnya pula, confirm lagi meningkat kadar adrenalin...berpeluh kot..

Aku mendengar pelbagai respond dari peserta yang menyertai program ibadah qurban ini. Ada yang mengatakan lembu-lembu yang lain patutnya di tutup matanya supaya mereka tidak takut melihat kawannya di sembelih. Ini adalah cara psikologi. Tapi mungkin ada benarnya..sebab mungkin kalau mata mereka ditutup, tidaklah mereka tercirit-cirit menahan ketakutan. Hehehe...

Ada pula rakan yang menceritakan bahawa dia pernah ke satu daerah untuk qurban dan lembu yang hendak dikorbankan itu berjaya dijinakkan. Mana taknya..tuan dia sendiri yang dodoikan..hehehe..agaknya kalau jiran sebelah yang tepuk-tepuk manja lembu tu, ndak ke lembu tu dengar kata? Wallahualam..

Dan macam-macam lagi kisah yang menarik boleh kita dengar di raya qurban. Apa yang penting kisah ismail, ibrahim dan hajar wajar kita jadikan tauladan. Boleh rujuk mana-mana internet atau buku untuk maklumat lebih lanjut.
Lebih cerita dan gambar di www.abimselangor.blogspot.com

yeeply : apa salahnya kita berkorban masa dari tidak buat apa-apa pada cuti raya korban? fikirkan...

No comments:

Post a Comment