Sunday, November 8, 2009

AKAK SUDI BERKAWAN DENGAN ADIK?


Akak sudi kawan dengan orang yang ada penyakit jantung berlubang? Tersedak aku atas soalan dan kenyataan itu. Sepanjang aku mengendali pelbagai program remaja, inilah pertama kali seorang remaja yang bertanyakan soalan itu kepadaku. Bagiku tiada salahnya berkawan dengan sesiapa pun. Mungkin dia takut jika orang mengetahuinya..dia akan ditinggalkan. Doktor kata hanya ada 3 bulan lagi, hatiku pula berkata 'adakah doktor itu tuhan?'..manusia hanya menduga..


Remaja : Ya Allah, dugaan apakah ini?

Ustazah Hazlina : Tahniah inilah hadiah atas kecekapan adik menghafaz ayat taubah dalam masa 3 minit.

Aku : Hahahahahh.....tak tahan-tak tahan...

Siapa sangka, rupanya remaja berkenaan hanyalah anak angkat kepada 2 keluarga. Keluarga pertama : Kaya dan agak sibuk. Keluarga kedua : tidak kaya tetapi prihatin. Impian remaja itu ialah mencari keluarga kandungnya di Sabak Bernam..dan semoga aku dapat mengabulkan impiannya itu..agar dia kembali tersenyum..


Remaja gedik : Ko tengok ni RM20, kalau ko tolong aku buatkan kerja sekolah, aku bagi duit ni..siap boleh beli top-up 4 kali tau..

Remaja sabar : Ya Allah, jauhkanlah aku dengan godaan syaitan durjana..

Aku : Hahahaha...ini boleh menang anugerah skrin ni..



Adik-adik, tenangkanlah hati dengan sabar dan bersolat..semoga kita semua menjadi khalifah dan hamba Allah yang dirahmati-Nya..amin..

yeeply : BMG @ Kuala Selangor

No comments:

Post a Comment