Friday, October 9, 2009

RACTAR @ SYAWAL


Cik Zalina di perkarangan Ractar.

Kami datang dengan gembira dan pulang dengan sedikit hampa tapi lebih gembira.

Kenapa jadi macam tu?

Sebenarnya tuan ractar terlupa untuk beritahu aku yang mereka dijemput menghadiri seminar tentang kanser di Damansara, makanya kami terpaksa pulang.

Modul aku hari ini untuk adik-adik ractar ialah tentang 'La tahzan'. Walaupun mereka hidup serba kekurangan, hidup mengharapkan bantuan orang..tetapi mereka sepatutnya bersyukur atas apa nikmat yang Allah beri pada mereka sehingga hari ini. Sekurang-kurangnya mereka dibantu.

Tapi, cuba ingat, bahawasanya ramai lagi hamba Allah yang ditimpa malang, tidak cukup makanan, merintih sana-sini..seperti gempa bumi yang berlaku baru-baru ini di Padang Indonesia. Ramai insan yang kehilangan insan tersayang, hilang tempat berlindung dan pelbagai lagi.

Maka, adik-adik..janganlah bersedih..harungilah hidup ini dan terimalah qada' dan qadar yang Allah telah tetapkan dengan hati yang redha.

yeeply : akhirnya kami melepak di sekretariat dengan bangganya..

No comments:

Post a Comment