Friday, October 30, 2009

JAMBATAN GANTUNG

Memang seram selepas melalui jambatan gantung antara yang terpanjang di Sabah..

Baru-baru ini Malaysia dikejutkan dengan keruntuhan jambatan gantung di Perak. Macam-macam tuduhan yang dilemparkan atas kes ini. Antaranya faktor guru yang tidak menjaga keselamatan anak murid, anak murid yang terlalu nakal ketika berada di atas jambatan, terlalu ramai yang berada di atas jambatan, rekaan jambatan yang tidak kukuh....dan pelbagai lagi sebab musabab yang disembangkan oleh rakyat Malaysia.

Apapun yang terjadi, itu hanyalah asbab kepada sudah sampai ajalnya budak itu.

Terkenang sekejap tatkala kami kembara di Sabah, atas rasa ingin mencuba, aku pun turut serta melalui jambatan gantung yang panjang itu..keseramannya memang tahap maksima. Air sungai yang deras seolah-olah mahu meneggelamkan kami di atas jambatan. YDP, PSU & SU kerja ABIM Selangor nampaknya tidak berani..hahahahah..

Bagaimana akhirnya kami selamat melintas? Kuncinya hanya satu...pandanglah apa yang terbentang dihadapan anda..bukan apa yang dibelakang atau dibawah anda! Dan pasti anda jumpa kejayaannya..dan memang itu yang aku buat, akhirnya keberanian jua timbul.

yeeply: orang kampung sabah pesan jangan naik melebihi 15 orang bah!

No comments:

Post a Comment