Monday, September 14, 2009

IMARAH RAMADHAN @ PPAK MERU

Program Imarah Ramadhan ini adalah projek pertama apabila aku start fulltime di Sekretariat ABIM Selangor. Lihatlah suasana adik-adik Tahfiz ABIM Klang yang mendaftar. Seb'baik abang kam datang awal..kesian dia..sebab datang awal tapi pintu gate belum buka..ayam kot yang sambut dia..hahahha

Objektif Imarah Ramadhan adalah untuk mendekatkan diri adik-adik dengan Allah dan membiasakan diri mereka dengan solat sunat, zikir dan juga mengaji Al-Quran.


Solat sunat ini banyak kisahnya..bermula dari mencari imam..alkisahnya yang menjadi imam ialah ustaz mus, tapi dia pula ada hal dengan pak arab mana pulok..ustaz azman lak ada kelas master...hmm..siapa yang layak dicalonkan menjadi imam pada hari itu ya?

Terima kasih daun keladi kepada 'Tuan Haji Azam' kerana telah lulus ujian menjadi imam solat sunat dhuha dan tasbih..tidak sia-sia beliau menghadirkan diri ke majlis penuh berokah ini..hahahahha

Abang kam memang cool..silap-silap ada pula yang tergeliat tangan sebab dok sibuk main sep-sep-tom-tom..hahahah...ini adalah antara aktiviti uji minda yang memang menguji daya kesabaran adik-adik ini.

Abang kam juga sempat membebel pada adik-adik ini tentang rukun-rukun solat..apa yang wajib dalam wudu'..apa yang sunat sahaja..dan macam-macam lagi yang perlu mereka tahu..
Petang pula ada mesyuarat selari dengan semua setiausaha daerah dan ydp..ydp perkenalkan satu tagline : 1 jamaah?

Malam pula kami iftar bersama-sama dan akhirnya pulang dengan harapan untuk membaca buku untuk exam arab esok...padahal...zzzzzzzz.....

yeeply: Apa pula kerja aku? Kerja aku mudah sahaja...lari sana-lari sini-jalan sana-jalan sini..itulah kerja aku..

No comments:

Post a Comment