Friday, September 18, 2009

BAJU RAYA PINK & KUIH CORNFLAKE MADU


Memang tradisi aku dan adik beradik (yang pemalas ini) akan buat kerja last minit, bukan tak ada masa, tapi memang suka begitu...nak feel katanya. Seperti tahun lepas, kami buat kerja gila pergi ke Jalan TAR untuk kononnya beli baju raya. Akhirnya ada yang hampir pengsanlah, sudah mahu pengsanlah (yang pastinya bukan aku...hahaha) dek kerana ramai manusia, plus puasa pula tu.

Tahun ini pula, masih ada sedikit kegilaan, cuma tak terlalu teruk kot..Hanya adik sahaja yang sakan bershopping dengan membeli 2 pasang baju kurung pink. Dahlah 2 pasang, pink pula tu, siap aku pula yang kena jahit maniknya..makanya terjadilah seperti apa yang tertera di atas itu. Nampak macam tak siap, memang tak siap pun...seperti biasa, aku akan sambung petang ini atau malam sebelum raya..


Selepas jahit manik..ini adalah salah satu kuih wajib yang adik aku suka buat. Dan seperti biasa..bahannya aku yang beli dan akulah tukang pantaunya supaya ia tidak hangus..hahaha...

Tup-tup dah pukul 2pagi, kuih dah siap, baju je blum..baju aku? hmmm...mungkin pakai baju yang masa sina kahwin dulu..ala-ala angel gitu...

yeeply : Hari ini menyibukkan diri untuk kemas rumah pula..adik sapu sampah..aku mop lantai..herrrr...

No comments:

Post a Comment