Friday, October 5, 2012

HADIAH DARI ALLAH

Hadiah terbesar dan berbaloi-baloi dari Allah ialah Abdullah Muqri bin Mohd Isa. Selamat datang ke dunia wahai ummat Muhammad saw.

Tuesday, April 3, 2012

ZIARAH HOSPITAL TANJUNG KARANG

Anjuran : Zon 1 HELWA T.Karang-S.Bernam-K.Selangor

Friday, February 24, 2012



Objektif :

-Memahami tentang pendidikan seksual mengikut perspektif Islam;

-Mengetahui cara-cara menangani pergaulan dan fenomena perlakuan tidak sihat;

-Memahami dan mempraktikkan sikap asertif dalam situasi tertentu serta;

-Melindungi diri dari terjebak dengan perkara-perkara yang bercanggah dengan ajaran Islam


yeeply : daftar pantas !

Wednesday, February 15, 2012

MINGGU-MINGGU MALAS

3/10/2011 : Minggu 1 - 7 : period delay & badan sakit-sakit

Minggu 8 : beli pregnancy test & check 'POSITIF'....kikiki...2 kali buat test

Minggu 9 : Dengan suami ke Klinik Botanik ambil full check-up dan sohih ia positif lagi

Minggu 10 : Start ambil anmum, yark untuk pertama kali..lepas tu ok la

Minggu 11 : ...tak ingat...

Minggu 12 : ...tak ingat...

Minggu 13 : ...tak ingat...

Minggu 14 : ...tak ingat...

Minggu 15 : Tak nak beli barang baby ke?

Minggu 16 : ...tak ingat...

Minggu 17 : Sakit perut sebelah kanan..baby tendang? entah tak rasa pun macam baby tendang

Minggu 18 : Ambil ubat homopati dan berurut..alhamdulillah sudah pulih

Minggu 19 : Sakit gigiiiiiiiiiiiiiiii.... Ya Allah kuatnya anak ini ambil kalsium dalam badan aku & kulit muka yang kering terutamanya bahagian tepi bibir...adeh...pengalaman betul lah...hehehe

Minggu 20 : Besarnya ubat kalsium..patah dua pun masih tercekik...urghhhh

Minggu 21 : appointment klinik

Minggu 22 : sibuk dan terlupa makan vitamin yang diberi - tamrin helwa n etc

Minggu 23 : ada sahabat yg beri nama untuk baby

Minggu 24 : appointment klinik

Minggu 25 : Isa masuk hospital -rapid heart beat - wahhhhh besarnya hospital sg buloh

Thursday, January 19, 2012

KHAMIS MALAM JUMAAT

Banyak perkara boleh berlaku pada khamis malam jumaat.

Seorang bakal ibu mendengar aduan kakaknya tentang budak-budak remaja kampung yang tiada hala tuju aktiviti malam-malam, apa lagi merokok lah! Aduannya menurutnya sudah dipanjangkan kepada Tok Ketua, namun menerusi sms sahaja...emmm...mungkin Tok Ketua tidak pandai baca sms...

Lalu bakal ibu itu keluar dan melihat, ya memang ramai budak remaja yang melepak di taman hadapan rumah kakaknya. Dia memantau, apa aktiviti mereka. Hm...aktiviti bosan, merokok. Dalam hati berfikir...apa yang mereka ini cari? apa masalah mereka di rumah sehingga lewat malam begini masih di luar rumah? Dan yang paling tidak dapat difahami, mengapa orang tidak faham itu adalah kerja sia-sia yang hanya mematikan diri !!!!

Ya, ya...kita boleh dapatkan jawapannya menerusi pakar-pakar motivasi, profesor dan lain-lain orang yang ber'kot'. Namun apakah orang ber'kot' ini ada di lapangan melihat sendiri dengan mata kepala mereka, aktiviti budak-budak rosak akhlak ini? Paling-paling pun hanya 'R.A' mereka sahaja yang menyaksikan.......hmmmm....

Dan bakal ibu itu terus menyaksikan gelagat mereka (walaupun tidak banyak yang mereka buat) dan dia terus berfikir-fikir dan berfikir apakah cara yang boleh dibuat untuk membetulkan keadaan buruk ini kepada baik. Walhal, sudah ramai yang memekik hamun pada remaja ini, namun kebal telinga mereka nampaknya...hishhh....

Seminit kemudian datang 2 pra-remaja menaiki motor dan membreak ala-ala filem anak Yusuf Haslam (filem raih untung, raih rosak akhlak...adehhhh...). Salah seorangnya terus turun motor dan melulu lari kepada kumpulan remaja yang sedang melepak merokok itu. Dan ditangannya ada PISAU !!! Wah mata bakal ibu ini sesungguhnya tidak rabun langsung, syukran Allah.

Apa lagi...bakal ibu itu langsung 'HHHHHHHHHHOIIIIIII....well anda boleh agak bunyi apa...takkan bunyi hantu mengilai kot. Dia lantas meminta abang iparnya ke arah budak-budak itu untuk mengelakkan perkara buruk terjadi. Bakal ibu ini pula tak reti duduk diam...(kan senang je kalau lari masuk rumah macam orang lain..), dia terus menuju ke tempat kejadian (selepas menekan hon suaminya tidak mahu berfungsi, hish leceh betul dalam saat kecemasan ini dia buat hal pulak) dan cubalah teka apa yang terjadi.

Kedua ipar dan bakal ibu ini memberi motivasi dengan nada tinggi, marah, (sesungguhnya bakal ibu itu berasa malu selepas kejadian ini kerana dia marah bukan untuk nasihat, tapi marah kerana amarah....malunya Allah....) dan ya mungkin sedikit herdik. Siapa yang tak rasa nak baling kerusi kalau muka budak-budak tu macam seposen ja. Agak-agak kalau mati salah sorang dari mereka baru la nak buat muka menyesal...na'uzubillah.....

T.A.M.A.T

Banyak pengajaran dan bukaan minda selepas kejadian Khamis malam Jumaat :

-orang di Masjid hanya sibuk membaca Yasin untuk si mati dengan niat bersedekah, adakah mereka ada berfikir untuk meniatkan untuk orang yang HIDUP tapi MATI HATI ?

-peranan rukun tetangga semakin longgar

-setiap taman harus dipagari dan dikunci apabila tiba jam 10mlm (mungkin nanti perlu propose pada Tok Ketua)...budget pandai-pandailah cari, ada budak nak jadi penjenayah dah KOTTTT !!!

-ramai melihat, berapa ramai yang bertindak?

-Nabi Muhammad sentiasa pesan tegurlah dengan sabar....ini mungkin kami perlu ada teknik lagi wahai Pesuruh Allah

yeeply : kenapa berani sangat? tegur suamiku....(wahai abang...takkan nak biar mati dulu/cedera dulu, baru saya melolong? hati hanya berkata..) realitinya saya menjawab sedikit dan muncung selebihnya sebab tidak disokong...hehehehe...tak apa, Nabi Muhammad pun selalu tegur Aisyah yang suka marah pada yang hak..hahahah..sebab Nabi ajar SABARlah....

Wednesday, November 23, 2011

WAJARKAH PERBINCANGAN ORGANISASI DI FB

Tanya saya senang aja. saya tidak bersetuju langsung..
Habis cerita..
Namun, mereka tidak sedar..
Kejutkanlah..

yeeply : ish100xx...kadang-kadang apa yang tulis di fb langsung tidak sama dengan realiti..mahu gelak pun ada kadang2..

BARAKALLAH ZALINA & ZAINIZAM




Z & Z...
atau
E & E...

Apa-apapun mereka tetap sweeet...
Tahniah untuk Mek Na yang tak henti-henti..
Buat kecoh..
Walau di majlis sendiri..
Hahahahah...

Kami couple yang datang berkali-kali..
Sebab ada orang nak amik berkat berkali-kali..
Hehehehe..
Sapa ntah..

Alhamdulillah nampaknya..
Banyak hasil yang kami terima...
Semasa hadir ke walimah Mek Na..
Ramai yang akan ikut jejak langkahnya..
Nantikan tahun 2012..
Sabar ya..nanti kami belikan set baby siap2...
Hihihihi....

yeeply : Syukur kepada Allah yang memberi peluang kepada hamba-hambanya

Monday, November 7, 2011

IBADAH KORBAN 1432H

Sejauh mana kita sanggup berkorban hanya untuk AD-DIN ilahi?
Aku pun tidak sanggup untuk menyatakan berapa jauh.....

10Zulhijjah 1432
Allahu akbar..allahu akbar..
Takbir aidil adha bergema..
Lembu, unta dan kambing sedia menunggu untuk dikorbankan..
Bersama suami melangkah bismillah ke masjid an-naim..
Selesai solat sunat aidil adha menuju pula untuk rewang..
Hasilnya sup dan daging siap untuk dimakan..

Petang pula bekejar ke DARWA..
Si kambing hitam metallic terlepas pula..
Wak Juragan akhirnya berjaya menambat si kambing..
Yang bakal dikorbankan esok..

Pengisian motivasi korban dari ustaz asri..
Malam yang hening..
Mengingatkan kami dengan tawakal dan pengorbanan hajar & ibrahim..
Pesan ustaz jangan lupa lihat-lihat anak..
Doa di akhir solat begitu sayu dan merintih..

11 Zulhijjah 1432
Parang & alatan lain sudah bersedia..
Melangkah bismillah ke DARWA..
Si kambing hitam metallic kesejukan dek hujan..
Sekali lafaz bismillah wak juragan mengakhiri nafas si kambing hitam metallic..
Bersama sekumpulan belia mempersiapkan sesi melapah..
Walau hujan menimpa di bawah pohon ceri..
Itu tidak bisa meruntuhkan semangat korban..

Permintaan adik DARWA untuk majlis cukur jambul ditunaikan..
Dengan takbir Allahu Akbar ia dimulai..
Alhamdulillah segalanya selesai..

yeeply : korban itu mendekatkan diri kepada Allah..makan lembu panggang petang ini..yezza..

Thursday, November 3, 2011

PUTUSNYA KASIH IBU

Ibu..
Semalam
Merintihnya anakmu di sisimu
Hibanya tangisan kesayanganmu
Sahabat handai saudara mara merasai pemergianmu
Ku doakan rohmu bersama yang soleh

Umi..
Semalam
Engkau meninggalkan anakmu selamanya
Hanya ilmu, amal dan doa anak soleh yang akan menjadi penemanmu
Di alam barzakh
Ku doakan rohmu bersama yang soleh

Mak..
Anakmu sama sekali suamiku melepaskan engkau pergi
Redha dengan yang pergi itulah sunnah Nabi
Kerehatan yang panjang itu
Lebih baik untuk mu
Ku doakan rohmu bersama yang soleh

yeeply : Allah Maha Pencipta, selayaknya yang mencipta punya hak ke atas pemilikannya..7 Zulhijjah 1432h Khamis hujan menjadi saksi penghuni jalan kebun mensolatkan jenazah ibu mertuaku...al-Fatihah

Wednesday, October 12, 2011

MENGGAPAI IMPIAN : PUSAT ILMU INAYAH

2011 - Pecah Tanah Pusat Ilmu Inayah
2012 - Pengenalan Pusat Ilmu Inayah
2013 - Pembukaan Tadika Islam Inayah

Inayah Food Services
- bakeri & pastri
- coklat
- frozen food

yeeply : Ya Allah semoga impian da'wah kecil ini dipermudahkan, amin...
KENYATAAN MEDIA BERSAMA RAUDHATUS SAKINAH
11 OKTOBER 2011
DIMANA PERUNTUKAN BAJET 2012 UNTUK MENANGANGI GEJALA SOSIAL MASYARAKAT YANG SEMAKIN MERUNCING

Bajet 2012 yang baru dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri Jumaat lepas dikatakan satu bajet yang responsive kepada rintihan semasa rakyat umum. Banyak peruntukan berjuta ringgit dikhususkan untuk memperbaiki kehidupan golongan rakyat kelas biasa dan bawahan yang sememangnya wajar diberikan pembelaan.


Malangnya , tidak terdapat pula satu peruntukan khas dalam bajet tersebut yang menjurus kepada usaha serius menangani gejala sosial dan seksual yang semakin membarah dan meruncing dalam masyarakat hari ini. Betapa saban hari semakin meningkat pelbagai jenis gejala sosial dan seksual berlaku. Sebagai contohnya, terdapat peningkatan kes pembuangan bayi yang begitu ketara. Dari 79 kes yang dilaporkan oleh PDRM pada tahun 2009, ia meningkat sebanyak 15% kepada 91 kes sepanjang tahun 2010. Menurut satu laporan JKM, dari tahun 2004 – 2009, sebanyak 16% bayi yang terdampar ditemui di kawasan pembuangan sampah! Semakin ramai golongan remaja yang sepatutnya menjadi harapan bangsa dan Negara, terbabit dalam pelbagai jenayah seperti samun, peras ugut, ragut, gangsterism, ketagihan dadah dan alkohol, rogol, cabul, bunuh. Jenayah sadis yang membabitkan ahli keluarga terdekat juga semakin berleluasa.


Peningkatan gejala sosial yang semakin kritikal ini amat membimbangkan dan menimbulkan kesan psikologi yang mendalam kepada ahli masyarakat. Amatlah wajar, semua usaha dan sumber yang ada digembleng untuk segera menangani isu gejala sosial ini dengan pelbagai langkah pencegahan dan rawatan yang lebih berkesan, agar ianya tidak semakin parah dan diluar kawalan. Usaha komprehensif dan intensif ini pastinya memerlukan banyak sokongan dan dokongan khususnya dari pihak berwajib, termasuk memperuntukkan sumber kewangan yang mantap dan stabil bagi melaksanakan usaha yang penting ini.


Usah untuk meningkatkan prasarana fizikal dan tahap ekonomi rakyat semata-mata,tanpa memberikan penekanan kepada aspek pembangunan dalaman yang menitikberatkan konsep amanah, integriti dan pertanggungjawaban, dibimbangi akan lebih mendatangkan mudharat dan kerosakan.


Sebagai pihak sukarelawan dan NGO yang sekian lama terbabit secara lansung dengan usaha pencegahan dan rawatan pemulihan kelompok yang terlibat dengan gejala sosial dan seksual, kami yang mewakili institusi-institusi yang disenaraikan di bawah sepakat membuat penegasan menuntut semua pihak khususnya pihak berwajib :

1. Memberikan perhatian, tumpuan dan keutamaan sewajarnya terhadap peningkatan gejala sosial yang serius melanda Negara, dan tidak mengenepikan atau menganggap remeh permasalahan tersebut

2. Meningkatkan usaha pencegahan dan pendidikan masyarakat (amar maaruf) yang meluas dan holistic dalam membangunkan system sosial yang berpaksikan keadilan, kesejahteraan, akhlak luhur dan nilai terpuji.

3. Menyusun strategi rawatan dan pemulihan yang efektif (nahi mungkar) bagi kelompok yang telah terjebak dan terjerumus ke dalam kancah gejala sosial, agar mereka dapat dibimbing untuk bangkit kembali membina kehidupan baru yang lebih bermakna.

4. Memperuntukkan belanjawan yang mencukupi untuk membiayai semua usaha dan langkah-langkah di atas, sebagai satu komitmen padu yang membuktikan kesungguhan mahu menangani permasalahan peningkatan gejala sosial yang semakin meruncing.

Kami mohon agar penegasan ini diberikan perhatian sewajarnya oleh pihak kepimpinan Negara. Jangan biarkan kami menunggu setahun lagi untuk pembentangan bajet 2013. Itu pun belum tentu suara dan permintaan kami diambilkira.

Ke arah Malaysia yang lebih sejahtera!
Prof Madya Dr.Harlina Halizah Siraj
Pengerusi , Lembaga Pengarah Induk (LPI)
Pusat Bimbingan Remaja Puteri Raudhatus Sakinah
0123243134

Bersama wakil-wakil dari :

· Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (PERKID Malaysia)
· Rumah Puteri Arafiah
· Pertubuhan Kebajikan Sahabat Insan & Iman Malaysia
· Rumah Perlindungan & Pemulihan Wanita Darul Wardah
· Kem Modal Insan KEWAJA
· Baitul Islah (PERKID)
· Pertubuhan Inisiatif, Penyelidikan, Pembangunan & Pemerkasaan Wanita (WIRDA)
· Rumah Kebajikan Darul Islah
· Pusat Tarbiyah Darul ‘Atiq
· Keluarga Besar Norlina Alawi


yeeply : Budget untuk kerosakan akhlak berapa juta ya? hehehehe...lawak seposen wak juragan

Sunday, September 4, 2011


DETIK CEMAS KE WALIMAH NADZ &UMAR

- permulaan sesi kecemasan, tayar pancit -
- saling bantu membantu -
- nampaknya kami lepak2 aja -
- hampir sejam yang membuahkan hasil $$ -

- driver & co-driver melepaskan lelah -

- bersama kekasih hati , hehehee -

- walau badai menimpa, kami tetap ceria dan harmoni ! -

- gadis semasa yang misteri -


Tahniah kepada pasangan Umar & Nadz di atas perlangsungan perkahwinan kalian berdua. Semoga dirahmati Allah. Setiap yang terbaik itu khas untuk yang terbaik, insyaAllah.


yeeply : siapa lagi mau kahwin? mek na...mek liza...paman ajam...paman amat..hmmmm..

INI BARU JAWA !

- keluarga besar Wak Ngatimah -
- senang berdua, hehehe -
- salam kasih kemaafan ala Jawa -



Syawal mengajar erti persaudaraan

Syawal mengajar erti ukhuwah

Syawal mengajar erti memberi

Syawal mengajar erti mengingati

Syawal mengajar erti kemaafan

Syawal mengajar erti penghormatan


yeeply : Syawal bersama Jawarian...hehehehe...menarik !

Sunday, August 21, 2011

GELISAH DI HUJUNG RAMADHAN

Hujung Ramadhan tiba lagi
Untuk ke 28 kali dalam hidup ini
Apa saja yang sudah di-infaqkan untuk akhirat kelak?
Ya Allah...miskinnya aku...

Hujung Ramadhan tiba lagi
Saatnya untuk kita peroleh keampunan
Apalah ada pada dunia ini
Terlalu mengejar yang tidak boleh dibawa ke kubur pun
Ya Allah...miskinnya aku...

Hujung Ramadhan tiba lagi
Bangkitlah jiwa, bangkitlah roh
Bangkitlah mengadap Rabb-mu
Hilangkan lelah dengan tahajjud
Ya Allah...miskinnya aku....

Hujung Ramadhan tiba lagi
Mengadaplah al-quran wahai diri
Berzikirlah wahai lidah ini
Bersedeqahlah wahai hati ini
Ya Allah...miskinnya aku...

Hujung Ramadhan tiba lagi
Gelisah hati hanya Rabb yang ketahui
Tenangkan hati wahai insan
Kini terawih hanya tinggal beberapa langkah
Ya Allah...miskinnya aku

yeeply : Gelisah ditinggalkan Ramadhan...

Wednesday, July 27, 2011

BAHULU BONDA ENCIK ISA



yeeply : tekad untuk teruskan legasi kuih tradisional ke pasaran glokal...hehehe

Sunday, July 24, 2011

MENJADI JUTAWAN MU'MIN AKHIRAT & DUNIA DENGAN BERSEDEQAH JARIAH





















Teruja untuk menjadi kaya dengan bersedeqah jariah? ABIM Selangor memohon rahmat Allah agar dapat membina ramai mu'min menjadi jutawan akhirat dan dunia. Apatah lagi menjelang Rejab, Sya'aban dan pastinya Ramadhan !!

Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah :

'Bandingan (pahala) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah umpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (KurniaNya) lagi Maha Mengetahui.'

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah, sabda Nabi SAW (maksudnya) :

' Apabila mati anak Adam, maka putuslah amalannya kecuali 3 perkara, SEDEQAH JARIAH, ilmu yang memberi manfaat dan anak yang soleh yang mendoakan untuknya' (Riwayat Bukhari, Tirmizi dan Nasaie).

Maka apa lagi yang ditunggu, WANG DUNIA tidak bawa ke kubur, WANG AKHIRAT pasti ke akhirat, InsyaAllah. Tetapkan minda & arahkan harta anda ke saluran yang memberi kema'muran dan kedamaian orang yang memerlukan. Hidupkan hidup anda dengan memberi.

ABIM Selangor Prihatin membuka ruang, jangan anda menjadi hamba Allah yang rugi !!

a) KEMPEN SEORANG SEKAMPIT BERAS
- RM50 = beras dan lain-lain bahan makan asasi
- sasaran = fakir miskin, ibu tunggal, mualaf seluruh Selangor
- mulai 15 Julai - 29 Ogos 2011
- hubungi : 019-3636394 / 017-3759080

b) SANDANG RAYA : SEPASANG BAJU RAYA
- RM50 = sepasang baju raya (lelaki / perempuan)
- sasaran = anak yatim AYATA Selatan Thailand
- mulai 15 Julai - 20 Ogos 2011
- hubungi = 019-3636394 / 017-3759080

c) KOMPLEKS PENDIDIKAN ABIM SELANGOR
- untuk membina 5 institusi : rumah perlindungan, sekolah menengah tahfiz, rumah warga emas, pusat latihan dakwah & rumah anak yatim.
- hubungi = 019-3339871 / 014-7160546

d) RUMAH PERLINDUNGAN & PEMULIHAN WANITA ISLAM DARUL WARDAH
- sasaran = mualaf, wanita terdera & remaja bermasalah
- hubungi = 019-2774175 / 019-3636394

e) ABIM SELANGOR
- untuk penajaan program da'wah di Negeri Selangor
- hubungi = 019-3636394 / 017-3759080

Dapatkan maklumat penuh (brochure) di http://www.facebook.com/media/set/?set=a.142444669171877.37895.100002190334239
atau taip di FB : Sekreteriat Abim Selangor.

Semoga Allah merahmati gerak kerja da'wah ini. Amin...

KEHIDUPAN SELEPAS BERGELAR ISTERI

Buat pemilik cincin batu putih tanah haram Mekah....

Tahniah,
Ramai sahabat yang mengucapkan tahniah,
Terima kasih,
Dan balasan senyuman yang mampu diberikan.

Dulu seorang,
Kini berdua,
Dulu tidak sempat menoleh belakang,
Kini jalannya perlu seiring.
Dulu makannya ikut suka hati,
Kini makannya perlu prihatin,
Dulu malamku merayap bersama savvy,
Kini malamku merayap bersama pemilik wira,
Dulu dukaku menjadi dukaku sendiri,
Kini dukaku di bahumu,
Dulu rahsiaku tetap rahsiaku,
Kini rahsiaku menjadi rahsiamu,
InsyaAllah.

Bagaimana dengan perkahwinanmu?
Ramai bertanya dek tiada cinta sebelum kahwin,
Indah & manis..perkataan yang sesuai,
Sang suami memberi jawapan yang lebih layak
'Kami bercinta selepas kahwin'.

yeeply : hidup berkeluarga ialah pengalaman untuk mencipta risiko bersama dalam pembentukan sosial yang lebih tinggi..nikmatilah ia..jangan sia-siakan hidup anda dengan bersendirian...

Wednesday, July 20, 2011

SAAT LAFAZ SAKINAH - ISA & HIDAYAH -

- sesi batal air sembahyang -
- khas cincin dari tanah haram -

- alhamdulillah, akhirnya -

- sesi riyak ...hahaha -

- sahabat pengikat hubungan -

- sahabatku yang hujung itu semakin mengecil dan penuh kontroversi...hehehe -




- suami yang setia mendengar isterinya membebel-


yeeply : indah & bahagia....tak tipu...syukur pada Allah menemukan jodoh kami walau ia bukanlah selama bertahun perkenalan..