Sunday, April 25, 2010

USRAH ZIARAH DARWA @ KELAB SHAH ALAM

Makan time...aku suka makan free...hehehehe

Usrah ziarah jam 4.00petang hari ini dengan penghuni Darwa bersama Prof Khalijah. Objektif utama usrah ziarah ini adalah untuk menimba pengetahuan dari mantan Helwa Selangor sekaligus membawa penghuni merasai aktiviti di luar (selain aktiviti di Darwa).

Banyak ilmu yang aku dapati dari kehidupan Prof Khalijah. Antaranya; beliau sangat mengagumi al-quran dan hadith. Hidup beliau memang berpandukan al-quran dan hadith. Seboleh-bolehnya setiap apa sahaja masalah yang menimpa beliau, rujukan pertama beliau adalah al-quran dan hadith. Dan sungguh menakjubkan (begitulah yang dipanggil mukjizat al-quran), semua masalah boleh terlerai dengan rujukan dari 2 sumber itu.

Kisah beliau yang membuka mataku ialah bagaimana seorang nenek jirannya yang masih kuat ingatan dan tubuh badannya. Apakah rahsia nenek itu?

Jawapannya : asal ada masa terluang sahaja, banyakkan selawat, mengaji dan baca ayat 3 qul.

Subhanallah..

yeeply : kurangnya ilmu ini...sebab itulah kita wajib mendalami ilmu..apatah lagi ilmu agama..

2 comments: